Saturday, July 4, 2009

sistem alam sekitar fizikal

Konsep SASF

Definisi

_suatu angkubah yang sentiasa bertindak balas antara satu sama lain.Membenarkan input output bahan dan tenaga melalui sistem tersebut
_Tenaga matahari merupakan sistem terpenting dalam pengoperasian seluruh sistem di bumi
_mempunyai sempadan dan kebolehan pemulihan kendiri(self regulation)
_contohnya input hutan ialah tenaga suria,air dan oksigen daripada atmosfera,sebahagian input disimpan dalam hutan dalam bentuk tenaga kimia
_manakala output hutan ialah wap air yang dibebaskan melalui proses transpirasi dan oksigen yang dibebaskan melalui proses fotosintesis

Ciri-ciri SASF

_mempunyai satu set angkubah yang sentiasa bertindak balas antara satu sama lain,mempunyai input dan output bahan yang melalui sistemnya,mepunyai sempadan dan kebolehan pemulihan kendiri
_mempunyai input bahan seperti air,gas dan mineral yang boleh keluar dan masuk melalui sempadan,Ini bermakna wujudnya input,penggunaan,storan dan output
_mempunyai input tenaga yang boleh mengalir keluar masuk melaluinya
_kesemua angkubah sentiasa beroperasi untuk memperoleh keseimbangan,jika tahap kestabilan terapai maka input output tenaga dan bahan adalah sama dengan outputnya
_mempunyai sempaan yang jelas dan boleh dibezakan dengan sistem lain,sempadan sesebuah sistem dapat dikelaskan melalui sistem makro dan mikro
_siste angkubah sering bertindak balas terutamanya apabila berlaku perubahan atau gangguan terhadap sesuatu angkubah lain,tindak balas dalam sistem boleh bersifat positif atau negatif

Jenis-jenis SASF

_Sistem Tersembunyi
*mempunyai sempadan yang tertutup
*tidakm membenarkan proses input dan output bahan melaluinya
*tidak terdapat dalam dunia nyata hanya terdapat di dalam makmal seperti dalam test tube

_Sistem Tertutup
*mempunyai sempadan tertentu
*hanya membenarkan input dan output tenaga
*input dan output bahan tidak berlaku
*contohnya bumi dan matahari,bumi hanya menerima tenaga dari matahari tetapi tidak bahan

_Sistem Terbuka
*membenarkan input dan output bahan atau tenaga melaluinya
*sistem ini sentiasa beroperasi untuk memperoleh keseimbangan
*apabila berada di tahap ini input bahan dan tenaga adalah sama
*banyak diperolek di alam nyata dan dapat dilihat dalam skala mikro atau makro
*misalnya sistem ekologi bumi yang berada di tahap makro boleh dibahagikan ke tahap mikro seperti ekosistem hutan,ekosistem muara,ekosistem tasik,sungai atau laut

Friday, July 3, 2009

perbezaan antara kerajaan

Pengenalan kepada Sistem Kerajaan / Konsep-konsep Kerajaan
Sistem kerajaan merangkumi institusi-institusi dan agensi-agensi yang bertanggungjawab menggubal atau melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai contohnya, institusi atau agensi itu adalah seperti Parlimen, kabinet, Majlis Raja-Raja, mahkamah, jabatan dan kementerian. Sistem kerajaan hari ini boleh dibahagikan berasaskan :
a. pembahagian kuasa kerajaan antara pusat dengan negeri
b. kewujudan atau tidak kewujudan raja
Berasaskan pembahagian ini, terdapat sistem kerajaan persekutuan, kesatuan, konfederasi, republik dan beraja.

Kerajaan Kesatuan

· dilaksanakan melalui pemusatan kuasa, iaitu kerajaan pusat mempunyai segala kuasa kerajaan
· Contoh : Malayan Union adalah terdiri dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
· Kesemuanya disatukan dalam pentadbiran pusat di Kuala Lumpur di bawah Gabenor British
· Kerajaan pusat berhak mengubah kuasa-kuasa atau sempadan mereka
· Kerajaan pusat juga boleh membatalkan perundangan yang diluluskan oleh peringkat-peringkat kerajaan lain
· Contoh : Britain, New Zealand, Perancis, Sweeden, Norway dan Denmark

Kerajaan Konfederasi

· merujuk kepada persepakatan di antara beberapa buah negeri melalui perjanjian bersama
· kuasa kerajaan terletak di tangan kerajaan-kerajaan negeri
· Contoh : Jerman (tetapi tidak lagi sekarang ini)

Kerajaan Persekutuan

· beberapa buah negeri disekutukan untuk kepentingan bersama
· setiap negeri mempunyai sistem pentadbirannya sendiri dan kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran negeri



Kerajaan Republik

· ketua negara lazimnya seorang Presiden
· Contoh : Filipina, India, Perancis, dan Portugal


Kerajaan Beraja

· ketua negara adalah raja / ratu
· hampir kesemua negara yang mempunyai sistem beraja hari ini, kuasa raja dihadkan oleh perlembagaan
· Contoh : Malaysia, Britain – sistem raja berpelembagaan iaitu raja menjalankan kuasa pemerintahannya mengikut perlembagaan undang-undang

Kerajaan Demokratik

· demokrasi berasal dari perkataan Yunani iaitu demos (rakyat) dan kratos (kuasa)
· oleh itu, rakyat mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan kerajaan yang memerintah sesebuah negara melalui pilihanraya umum
· antara ciri-cirinya :
a. semua warganegara mempunyai kelayakan umur tertentu boleh mengundi
b. setiap warganegara dibenarkan bertanding dalam pilihanraya
c. pengundian pilihanraya dibuat berdasarkan bilangan undi terbanyak
d. badan perundangan (Parlimen) terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih
e. mengutamakan kebebasan, persamaan dan hak-hak rakyat


Perbezaan antara Kerajaan Persekutuan, Kesatuan, dan Konfederasi

Persekutuan
Kesatuan
Konfederasi
· Kuasa kerajaan dibahagikan antara kerajaan pusat, dengan kerajaaan negeri / tempatan

· Kerajaan pusat mempunyai segala kuasa pemerintahan

· Kerajaan pusat mempunyai kuasa yang amat terhad

· Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangan dalam bidang-bidang tertentu

· Kerajaan pusat boleh membatalkan perundangan yang diluluskan oleh peringkat-peringkat kerajaan yang lain
Pengenalan kepada Sistem Kerajaan / Konsep-konsep Kerajaan
Sistem kerajaan merangkumi institusi-institusi dan agensi-agensi yang bertanggungjawab menggubal atau melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai contohnya, institusi atau agensi itu adalah seperti Parlimen, kabinet, Majlis Raja-Raja, mahkamah, jabatan dan kementerian. Sistem kerajaan hari ini boleh dibahagikan berasaskan :
a. pembahagian kuasa kerajaan antara pusat dengan negeri
b. kewujudan atau tidak kewujudan raja
Berasaskan pembahagian ini, terdapat sistem kerajaan persekutuan, kesatuan, konfederasi, republik dan beraja.

Kerajaan Kesatuan

· dilaksanakan melalui pemusatan kuasa, iaitu kerajaan pusat mempunyai segala kuasa kerajaan
· Contoh : Malayan Union adalah terdiri dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
· Kesemuanya disatukan dalam pentadbiran pusat di Kuala Lumpur di bawah Gabenor British
· Kerajaan pusat berhak mengubah kuasa-kuasa atau sempadan mereka
· Kerajaan pusat juga boleh membatalkan perundangan yang diluluskan oleh peringkat-peringkat kerajaan lain
· Contoh : Britain, New Zealand, Perancis, Sweeden, Norway dan Denmark

Kerajaan Konfederasi

· merujuk kepada persepakatan di antara beberapa buah negeri melalui perjanjian bersama
· kuasa kerajaan terletak di tangan kerajaan-kerajaan negeri
· Contoh : Jerman (tetapi tidak lagi sekarang ini)

Kerajaan Persekutuan

· beberapa buah negeri disekutukan untuk kepentingan bersama
· setiap negeri mempunyai sistem pentadbirannya sendiri dan kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran negeri



Kerajaan Republik

· ketua negara lazimnya seorang Presiden
· Contoh : Filipina, India, Perancis, dan Portugal


Kerajaan Beraja

· ketua negara adalah raja / ratu
· hampir kesemua negara yang mempunyai sistem beraja hari ini, kuasa raja dihadkan oleh perlembagaan
· Contoh : Malaysia, Britain – sistem raja berpelembagaan iaitu raja menjalankan kuasa pemerintahannya mengikut perlembagaan undang-undang

Kerajaan Demokratik

· demokrasi berasal dari perkataan Yunani iaitu demos (rakyat) dan kratos (kuasa)
· oleh itu, rakyat mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan kerajaan yang memerintah sesebuah negara melalui pilihanraya umum
· antara ciri-cirinya :
a. semua warganegara mempunyai kelayakan umur tertentu boleh mengundi
b. setiap warganegara dibenarkan bertanding dalam pilihanraya
c. pengundian pilihanraya dibuat berdasarkan bilangan undi terbanyak
d. badan perundangan (Parlimen) terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih
e. mengutamakan kebebasan, persamaan dan hak-hak rakyat


Perbezaan antara Kerajaan Persekutuan, Kesatuan, dan Konfederasi

Persekutuan
Kesatuan
Konfederasi
· Kuasa kerajaan dibahagikan antara kerajaan pusat, dengan kerajaaan negeri / tempatan

· Kerajaan pusat mempunyai segala kuasa pemerintahan

· Kerajaan pusat mempunyai kuasa yang amat terhad

· Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangan dalam bidang-bidang tertentu

· Kerajaan pusat boleh membatalkan perundangan yang diluluskan oleh peringkat-peringkat kerajaan yang lain

Thursday, July 2, 2009

Imbuhan Apitan me- …..- i

*ERTI
+KETERANGAN

-PERKATAAN
*mengalami sifat terhadap
+meragui
+mencintai
-mengalami sifat ragu terhap
-mengalami sifat cintai
*melakukan berkali-kali
+memukuli
+menerajangi
-memukul berkali-kali
-menerajang berkali-kali
*memiliki dan memberikan sifat
+mengecapi
+mengotori
-memiliki dan memberikan sifat kecap kepada
-memiliki dan memberikan sifat kotor kepada
*melakukan perbuatan di ……
+melalui
+membatasi
-melakukan perbuatan lalu di …
-melakukan perbuatan batas di ……
*memperlakukan dengan sifat
+membersihi
+mengasari
-memperlakukan dengan sifat bersih
-memperlakukan dengan sifat kasar
*menjadi
+mengepali
+membanjiri
-menjadi kepala
-menjadi banjir
*memberikan kepada
+menasihati
+menghadiahi
-memberikan nasihat kepada
-memberikan hadiah kepada

Wednesday, July 1, 2009

Negara dan Kerajaan

Negara dan kerajaan

*Negara adalah suatu wilayah di permukaan bumi yang kekuasaannya sama ada politik, ketenteraan, ekonomi, sosial ataupun budayanya diatur oleh kerajaan yang berada di wilayah/negara tersebut. Kerajaan tersebut adalah bebas dan tidak terletak di bawah pemerintahan kerajaan lain.Kini terdapat 193 buah negara yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

*Kerajaan adalah organisasi yang mempunyai kuasa untuk membuat dan melaksanakan undang-undang dalam sesuatu kawasan tertentuSistem politik yang diamalkan di setiap negara dan kerajaan adalah berbeza berdasarkan ideologi politik yang digunakan di antaranya seperti berikut.

1. Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

2. Komunisme merujuk kepada fahaman politik di mana rakyat mempunyai kuasa mutlak untuk mentadbir negara dan segala produk keluaran negara menjadi milik bersama rakyat. Antara pengasasnya yang paling penting termasuklah Karl Marx dan Friedrich Engels. Era kegemilangan komunisme ialah antara akhir Perang Dunia II dan tahun 90-an apabila komunisme berkuasa di Kesatuan Soviet.Sebagai teori sistem sosial, komunisme menjurus kepada sistem sosial egalitarian iaitu tanpa kerajaan, harta dan kelas. Menurut ideologi ini, semua harta dimiliki oleh rakyat, dan setiap rakyat mempunyai status sosial dan ekonomi yang sama.Menurut komunisme, agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat.Ideologi komunisme mula diterapkan ketika meletusnya Revolusi Bolshevik di Rusia pada 7 November 1917. Sejak itu komunisme disebarkan sebagai sebuah ideologi ke negara lain.Secara rasminya ada 9 buah negara yang pernah ditubuhkan berpegang dengan fahaman komunis: Lenin and StalinKesatuan Soviet (Kesatuan Republik Sosialis Soviet) China (Republik Rakyat China) Cuba (Republik Cuba) Laos (Republik Demokratik Rakyat Lao) Vietnam (Republik Sosialis Vietnam) Korea Utara (Republik Demokratik Rakyat Korea) Yaman Selatan (Republik Demokratik Rakyat Yaman ) Myanmar/Burma (Republik Sosialis Kesatuan Burma) Kemboja/Kampuchea (Demokratik Kampuchea) Walau bagaimanapun hanya 5 buah negara yang kekal memerintah di bawah komunis iaitu:China,Laos,Vietnam,Cuba dan Korea Utara

3. Sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata. Beberapa orang berpendapat Robert Owen yang berasal dari Wales, merupakan seorang sosialis yang pertama. Beliau dianggap sebagai pengasas gerakan koperasi di Britain. Beliau berkata pekerjalah yang sepatutnya menjadi tuan untuk syarikat yang mereka bekerja. Pekerja kemudiannya berkongsi keuntungan sesama mereka.Kebanyakan parti sosialis ditubuhkan semasa kurun ke-19 dan awal kurun ke-20.Antara sosialis terkenal adalah Karl Marx yang menulis buku The Communist Manifesto. Sosialis terkenal lain adalah Vladimir Lenin, James Connolly, Rosa Luxemburg, Fidel Castro, Muammar al-Gaddafi, Albert Einstein, Robert Mugabe, Ho Chi Minh dan John Lennon.Sosialisme dan komunismeSekali imbas, perkataan "sosialisme" dan "komunisme" seolah-olah satu perkara yang sama. Tetapi pada hari ini dua perkataan ini bermaksud perkara yang berbeza. Kebanyakan orang yang bukan komunis merujuk komunisme sebagai Marxisme dan Leninisme iaitu idea-idea yang berasal dari Parti Bolshevik di Rusia.Selepas Perang Dunia Pertama dan Revolusi Rusia, sosialisme terbahagi kepada dua. Sesetengah golongan sosialis mengikut Lenin dan dipanggil komunis. Sesetengah yang lain pula percaya kepada sistem parlimen dan mereka ini dipanggil sosial demokrat. Sosial demokrat sangat tidak bersetuju dengan komunis tetapi antara ciri mereka ini adalah menyokong konsep negara kebajikan.

Tuesday, June 30, 2009

Asal-usul Bahasa Melayu Vol2

1.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
1.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
1.1 ASAL USUL BAHASA MELAYU

Pengenalan
Asal usul Bahasa Melayu agak kabur. Hal ini disebabkan kurangnya bukti-bukti konkrit tentang istilah Melayu pada zaman Prasejarah.

Bukti-bukti ditemui melalui penemuan beliung segi panjang di Sungai Hwang Ho, Sungai Mekong, Sungai Salween, Sungai Irrawaddy dan Sungai Brahmaputea, selain penemuan beliung di Utara Tanah Melayu. Bahan artifak ini menjadi asas kajian manusia prasejarah, perhubungan dan perjalanan di serata dunia.

Tarikh awal penggunaan perkataan "Melayu" tidak dapat dipastikan. Kata "Melayu" merujuk kepada orang dan bahasa, iaitu rata-rata penduduk yang beragama Islam dan mendiami hampir keseluruhan Kawasan Asia Tenggara. Para penyelidik juga mendapati bahawa terdapat bukti-bukti penggunaan perkataan "Melayu" pada kurun ketujuh Masihi.

Definisi Dari Segi Etimologi
Etimologi ialah kajian tentang asal usul perkataan.
Perkataan "melayu" dikatakan daripada perkataan Mo-lo-yeu.

Bukti penemuan;
Catatan pengembara Cina sekitar tahun 644 - 645 M.
Catatan Rahib Buddha bernama I-Tsing yang singgah di Srivijaya pada 672 M. Catatannya mengatakan bahawa Bahasa Melayu digunakan di Palembang.
Pengembara Portogis, Godinho de Erachia, mengatakan Bahasa Melayu digunakan sebagai Lingua Franca di Kepulauan Melayu.
Kerajaan Melaka menggunakan Bahasa Melayu dalam perhubungan di Kepulauan Melayu dengan pedagang-pedagang dari Asia, Eropah, Asia Barat, India dan China.
Perkataan Melayu pada Kerajaan Mo-lo-yue di Jambi, Sumatera, sempena sebatang sungai dipanggil "Sungai Melayu"
Salasilah Bahasa Melayu
Dalam kajian rumpun dan Keluarga Bahasa Melayu, kita perlu memahami istilah yang penting. Antara istilah-istilah yang perlu difahami ialah:

Filum à Kelompok bahasa seusia 5000 tahun.
Rumpun à Kelompok bahasa 2500 - 5000 tahun.
Keluarga à Kelompok bahasa seusia kurang daripada 2500 tahun.

Bahasa keluarga mempunyai persamaan dalam pembentukan kata, bunyi dan golongan kata. Setiap keluarga bahasa terdiri daripada bahasa subkeluarga atau subkelompok mengikut faktor geografi dan nama bahasa tertentu.
sebagai contoh;

Golongan
Bahasa
Sumatera
Acheh, Batak, Minangkabau, Lampung, Melayu, Nias, Orang Laut
Jawa
Sunda, Madura,Jawa.
Filipina
Tagalog, Sulu, Pulau, Bisaya, Iloko, Tombulu

Bahasa Asonesia ialah rumpun bahasa yang tergolong dalam satu filum Bahasa Austris.
Bahasa Austris terdiri dari, àAustronesia
àAustroasia
àTibet – China

1.2 BAHASA MELAYU KUNO

Perkembangan Aksara Jawi
Amalan penganut Hindu sebelum Islam mementingkan kasta dan strafikasi sosial. Masyarakat bawahan tidak berpeluang menguasai sistem tulisan. Pengaruh Islam mewajibkan penganutnya menbaca ayat-ayat al-Quran.
Tulisan Jawi digunakan oleh orang-orang Jawa dan Melayu setelah kedatangan Islam yang dibawa oleh Orang Arab dengan menggunakan Bahasa Melayu.

Empat tahap Perkembangan
à Tahap 1
Tulisan Jawi mengikut tulisan Arab. Ada tanda – tanda baris.
à Tahap 2
Tanpa tanda baris.
à Tahap 3
Terdapat pengaruh Melayu dengan huruf alif, wau dan ya.
à Tahap 4
Menggunakan huruf-huruf saksi pada suku kata kedua.

Bahan Bukti Penggunaan
Berpandukan surat-surat awal, karya sastera dan batu bersurat yang ditemui.
1, Batu bersurat di Pagar Ruyong (1356 M)
2, Batu Nisan di Minye Tujuh, Acheh (1380 M)
3, Batu Bersurat di Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu
sekitar 1303/1397 M.
Karya Sastera Melayu - Sulatin (Sejarah Melayu), Undang- undang Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Hikayat Amir Hamzah.
Daftar kata Melayu - Itali pertama - Kapten Kapal Victoria - Antonio Pigafetta.
Daftar kata cina - Melayu - Dalam tulisan cina.
Penulisan sastera tasawuf, syair dan ilmu mistik. Contoh; Hamzah Fansuri, Syamsuddin Al-Sumaterani.
Perkembangan Bahasa Melayu

Pengenalan
Terbahagi kepada 3 tahap iaitu Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden.


Bahasa Melayu Kuno
1, Dianggarkan Berkembang melalui Kerajaan Melayu di Jambi.
2, Catatan China, Kerajaan Melayu Mengadakan hubungan diplomasi dengan penghantaran utusan sejak 644 Masihi.
3, Bahasa Melayu Kuno mengalami perkembangan yang pesat kerana bersifat serdahana, mudah menerima pengaruh dan tidak terikat dengan susun lapis masyarakat.
4, Sejak kurun ke-7 Masihi, kerajaan Sriwijaya di Palembang menjadi pusat ilmu pengatahuan. Bahasa Melayu Kuno, menurut pengembara China I-Tsing, dijadikan Dahasa Penghantar untuk mengajar Bahasa Sanskrit dan falsafah Buddha. Bahasa Melayu Kuno - Koon`un Lan, digunakan dengan Meluas

Ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno
1. Pinjaman daripada Sanskrit
contoh: Sukhashitta = Sukacita
Laghu = Lagu
2. Pada batu bersurat
contoh: Upasarga, ayer, prakata.
3. Persamaan kesejajaran bunyi
contoh: Wunuh = Bunuh
Wuah = Buah

Bukti Bahan Penggunaan
1. Bahan bukti dari batu bersurat, daun lontar dan kulit kayu.
2. Contoh batu bersurat di Tanjung Periuk bertarikh 450 M.
3. Ada kata pinjaman Bahasa Sanskrit dan tulisan huruf Palava (Huruf Kawi dan Ngiri daripada Bahasa Dravida, India Selatan)


1.3 BAHASA MELAYU KLASIK
Bahasa Melayu Klasik
Abad ke-12 dan abad ke-13 merupakan zaman peralihan daripada pengaruh agama Hindu - Buddha kepada pengaruh Islam. Zaman kedatangan pengaruh Islam dikaitkan dengan kedatangan pedagang India dan Arab. Teori lain mengatakan bahawa Islam dibawa dari China. Marco Polo mengatakan yang masyarakat di situ telah memeluk Islam.

Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik
1. Ayat yang digunakan panjang dan meleret-leret kerana penyampaian seperti bercerita dalam penglipur lara.
2. Subjek dan predikat dalam ayat meleret-leret dan sukar difahami oleh pembaca. Contohnya,
"Hatta beberapa lamanya antara itu maka istana baginda pun sudahlah, sebuah mahligai terlalu indah rupanya dan sangatlah ajaib perbuatannya, sesiapa tidak pernah melihat yang demikian itu.
3. Ayat-ayat Bahasa Klasik sering ditandai dan diulang dengan kata-kata adapun, kalakian, arakian, syahdan, hatta dan sebagainya.
4. Banyak pengulangan kata tunjuk, Kata penegas, dan kata hubung.
contoh, itu, sana, - lah, yang, dan, atau.



1.4 BAHASA MELAYU MODEN

A. Konsep Bahasa Melayu Moden
1. Bermula abad ke-19 dan ke-20.
2. Berasaskan kepada pembaharuan oleh Abdulah bin Abdul Kadir Munsyi (abdulah Munsyi).
3. Melalui karya Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu dalam Segala Negeri (1837), Hikayat Abdulah (1838), Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838), dan Kisah Pelayaran Abdulah ke Jeddah (1854)


B. Tahap Perkembangan Bahasa Melayu
1. Bahasa Melayu menjadi bahasa penghantar sebelum British.
2. Pada zaman British, Bahasa Melayu digunakan secara rasmi di lima buah Negeri Melayu Tidak Bersekutu (Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah, dan Perlis) dan Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Pahang, Selangor, dan Negeri Sembilan).
3. Pegawai British yang berminat dan menulis sarjana Bahasa Melayu ialah R.O.Winstedt, R.J.Wikinson, C.C.Brown, W.E.Maxwell, W.Marseden, O.T.Dussek, A.M.Skinner, J.Crawfod dan W.G.Shellabear.

Bahasa Melayu Moden
1. sebelum merdeka, Bahasa Inggeris diutamakan.
2. Muncul pergerakan secara persorangan dan pertubuhan memperjuangkan Bahasa Melayu.
3. Pergarakan individu oleh Ishak Hj. Muhammad (Pak Sako),
Shamsudin Saleh dan A. Rahim Kajai.
4. Perjuangan secara pertubuhan seperti Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Pena, Asas 50 (Angkatan Sasterawan 50).

Bahasa Melayu Moden Pascamerdeka
1. Para nasionalalis yang menuntut kemerdekaan mahu menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
2. Usul ini membawa kepada Suruhanjaya Reid dalam membentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
3. Setelah merdeka, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 (bahasa Kebangsaan) menyatakan "Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi negara merdeka".
4. Akta Bahasa Kebangsaan 1957 menyatakan yang Bahasa Melayu digunakan dalam semua urusan rasmi negara.
5. Akta Pendidikan 1961 membantu perkambangan sistem pelajaran yang bahasa penghantarnya ialah Bahasa Melayu.
6. Perlaksanaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dikuatkuasakan melalui Akta Bahasa Kebangsaan 1957.
7. Akta Pendidikan 1961 membantu perkembangan sistem pelajaran yang bahasa penghantarnya ialah bahasa kebangsaan.

C. Fungsi Bahasa Melayu Moden
1. Sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum dan bahasa penghantar serta ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan tinggi.
2. Berkembang sebagai media komunikasi yang lengkap dan sempurna.

Fungsi Bahasa Melayu.
- Bahasa Perpaduan
- Bahasa Ilmu
- Bahasa Komunikasi

D. Perancangan Bahasa Melayu
Membawa maksud usaha-usaha memupuk dan mengembangkan bahasa ke taraf yang lebih maju.
setu rang undang-undang digubal dan diluluskan pada tahun 1959 iaitu Undang-undang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Peranan DBP
- Menyelaraskan sistem ejaan Bahasa Melayu.
- Mencetak bahan dalam Bahasa Melayu.
- Memperkasa Bahasa Melayu.
- Mencipta istilah pelbagai bidang.
- Menerbitkan kamus.

E. Perancangan Bahasa
1. Membuat dasar:
- Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan
- Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
- Laporan Razak (1956)
- Penyata Rahman Talib (1960)
- Akta Pendidikan 1961
2. Kodifikasi/pengekodan peristilahan - Penubuhan Jawatankuasa Istilah, pengekodan kamus, ejaan.
3. Pelaksanaan dasar:
- Minggu bahasa
- Bulan Bahasa
- Bulan Bahasa
- Kempen "Cintailah Bahasa Kita".


1.5 UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU
Unsur Asing Dalam Bahasa Melayu

Pengenalan
Bahasa Melayu dipengaruhi oleh bahasa asing kerana pertembungan budaya iaitu dari perdagangan, penyebaran agama dan ilmu, diplomatik dan penjajahan.

Definisi Peminjaman Bahasa
Definisi "Peminjaman Bahasa" ialah proses meminjam kata-kata atau istilah daripada satu bahasa oleh bahasa yang lain atas matlamat tertentu.

Jenis-jenis Peminjaman
Peminjaman Dialek
- Ikut dialek Kedah, Perak Kelantan dan lain-lain.
- Ini digunakan dalam bahasa baku.
- Contoh : Kemarin, emalam, jenuh, beria.
Peminjaman Kuno
- Peminjman Bahasa Kuno yang tidak digunakan lagi.
- Proses ini menghidupkan kata-kata lama.
- Comntoh : Purnama, suria, mentari, dermaga, limbungan,Tun.
Peminjaman Tulen
- Dipinjam terus dan tiada istilah yang sesuai.
- Contoh : Bahasa Inggeris - Bas, beg, bateri, polis, doktor
Bahasa Arab - ustaz, ustazah, sabar, azab

Bahasa Sanskrit
1. Pengaruh BAhasa Sanskrit dikesan seawal abad ke-7 pada catatan batu bersurat.
2. Dalam Bahasa Melayu, terdapat 677 perkataan yang berasal daripada Bahasa Sanskrit. ini meliputi agama, falsafah, alam semula jadi, flora, fauna, kekeluargaan dan banyak lagi.

Bahasa Jawa
1. Dalam Bahasa Melayu, terdapat 1977 perkataan Bahasa Jawa.
2. Meliputi kata konsep, makanan dan kata panggilan.
3. Contohnya : Lakonan, wayang, gadis, gerbok , tamu dan lain-lain.

Bahasa Arab
1. Sejak abad ke-13, kitab-kitab agama menjadi alat penyebaran agama dan sastera Islam.
2. Pada abad ke-14, batu bersurat ditemui di Kuala Berang, Terengganu yang menggunakan tulisan jawi.

Bahasa Tamil, Hindi dan Parsi
1. Tidak meluas dan berlaku dalam hubungan perdagangan.
2. Bahasa Tamil - Kapal, Katil, jodoh, sami, mahligai dll.
3. Bahasa Hindi - boria, basi, dunia, dian, roti dll.
4. bahasa Parsi - nobat, nafiri, piala, serban dll.

Bahasa Cina
1. Kesemua berasal dari Hokkien, kerana mereka yang mula-mula datang dan bermastautin di Tanah Melayu.
2. Kata-kata berkaitan makanan, pakaian, alat-alat untuk berjudi dan kata-kata yang tidak terdapat dalam Bahasa Melayu.
3. Contoh;
- Permainan - Pakau, congkak, cuki.
- Makanan dan buah-buahan - mi, cincau, bihun, taucu, kuih, bepang.
- Pakaian dan barangan - gincu, koyok, toncang, kekwa.
- Rumah dan perkakas - jong, tongkang, loceng, cawan.
- Manusia dan hal-ehwal manusia - tauke, lu, gua, apek, nyonya.

Bahasa Portogis dan Belanda
1. Mempegaruhi aspek kosa kata, nahu, bunyi dan imbuhan.
2. Kedatangan Kuasa Barat Portogis dan Belanda mempengaruhi dan memperkayakan kata-kata pinjaman dalam Bahasa Melayu.
3. Contoh Bahasa Portogis
- baldi, bangku, meja, bola, bomba, garpu, kemeja, lelong, armada, sekolah, roda.
contoh Bahasa Belanda
- Snapang, duti, kurang, bagasi, rokok, pelekat, dam, tolok.

Bahasa Inggeris
1. Pengaruh barat yang terakhir. Konsonan Bahasa Inggeris yang dipinjamkan hanyalah /V/ dan menjadikan bunyi-bunyi pinjaman menjadi 14 konsonan.
2. Contoh
- bom, polis, stesen, audit, wisel, dll.

Sistem Bahasa Melayu

3.0 SISTEM BAHASA MELAYU

3.1 FONOLOGI
Sistem Bahasa Melayu
Pengenalan
Sistem Bahasa Melayu terdiri daripada binaan ayat, frasa dan bunyi bahasa.
Sistem Bahasa Melayu merangkumi empat bidang iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.

Fonologi - Bidang kajian bunyi-bunyi bahasa dan lambang-lambang.
Morfologi - Bidang kajian kata dari segi pembentukan, jenis dan aspek-aspek berkaitan kata.
Sintaksis - Kajian tentang ayat yang merangkumi pembentukan, jenis dan golongan serta kajian tentang ayat.
Semantik - Kajian yang merangkumi penggunaan kata berpandukan makna.

Fonologi
Satu bidang kajian atau ilmu cabang bahasa yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa serta lambang-lambang yang ada pada setiap bunyi bagi sesuatu bahasa.

Konsep Bunyi, Fonem, Huruf dan Suku Kata
Konsep Bunyi - Bunyi sebutan dalam sistem Bahasa Melayu.
Fonem - Unit bunyi bahasa terkecil dan dapat membezakan makna kata. Fonem diwujudkan bagi kemudahan huraian sistem bunyi.
Huruf - Fonem-fonem bahasa diberi lambang tulisan berupa huruf. Huruf merupakan lambang dalam sistem bunyi bahasa yang membentuk parkataan dalam tulisan.Dalam abjad Romawi terdapat 26 lambang iaitu 21 konsonan dan lima fonem vokal.
Suku Kata Dalam Bahasa Melayu - Dalam Bahasa Melayu, setiap suku kata ditandai vokal yang mendahului atau mengikuti konsonan. Dalam ejaan, terdapat 11 pola suku kata.
Sistem Tulisan Bahasa Melayu
Dipercayai Bahasa Melayu ditulis dengan tulisan Kawi dan Rencong. Kedatangan Arab melahirkan tulisan Jawi. Kedatangan Barat menyebabkan tulisan Rumi terhasil.

Penggolongan Bunyi Bahasa
Alat-alat Pertuturan Manusia
- Setiap alat mempunyai fungsi tertentu sebagai alat pertuturan. Dua jenis alat pertuturan iaitu:
a. Artikulator
b. Titik Artikulasi

**Gambar Rajah Keratan Rentas Alat Pertuturan Manusia**
Bunyi-bunyi Bahasa
a. Alat-alat pertuturan manusia menghasilkan dua jenis bunyi, iaitu bahasa dan bukan bahasa iaitu gerak tubuh.
b. Bunyi bahasa terhasil daripada alat-alat pertuturan manusia. Terdapat 3 jenis bunyi bahasa iaitu vokal, konsonan dan bunyi diftong.
c. Bunyi bukan bahasa dihasilkan oleh alat-alat pertuturan tetapi mesej yang ingin disampaikan tidak difahami sepenuhnya.
- contoh; Bunyi batuk, berderham, pergerakan tangan.
Vokal
a. Bunyi vokal dihasilkan tanpa halangan , sekatan ataupun sisihan pada arus ugara yang dikeluarkan oleh paru-paru.
b. Terdapat 8 bunyi vokal iaitu 6 vokal asli dan 2 vokal pinjaman.

**Gambar rajah vokal**
Sifat-sifat Vokal
a. Bibir berkeadaan neuteral semasa menghasilkan bunyi vokal ini.
b. Vokal umumnya bersuara, pita suara akan bergetar.
c. Tiada sebarang sekatan, halangan atau geseran semasa vokal dihasilkan.

Kedudukan Vokal Dalam Bahasa Melayu
a. Vokal membentuk suku kata dan kata.
b. Vokal depan ( i, e, ε, a ) adalah pada suku kata.
c. Vokal didahului oleh bunyi "hentian glotis".


Awal
Tengah Akhir
Terbuka
Akhir Tertutup
e
e/kor
Belas
Sate
Telek
i
i/bu
Bilah
Kali
Saling
a
a/yam
Malu
Saya
Botak

Cara Menghasilkan Bunyi Bahasa
A. Konsonan
a. Konsonan adalah bunyi-bunyi selain bunyi-bunyi vokal.
b. Bunyi konsonan dihasilkan oleh alat pertuturan manusia dengan membuat sekatan, halangan ataupun geseran.
c. Ketika dihasilkan, udara dari paru-paru akan menghasilkan sekatan di rongga mulut, tekak dan hidung.
d. Ada 18 konsonan asli dan 9 konsonan pinjaman.
e. Konsonan asli terdiri daripada,\;
- Bunyi letupan (Plosif)
- Bunyi letusan (Afrikat)
- Sengauan (Nasal)
- Geseran (Frikatif)
- Sisihan (Lateral)
- Getaran (Tril)
- Bunyi separuh vokal (Geluncuran)

Tanda Baca
Tanda baca digunakan dalam sistem ejaan Rumi Bahasa Melayu.
Merupakan lambang-lambang dalam penulisan bahasa untuk memperjelaskan maksud.

a. Tanda Titik [.] - Berahir sesuatu ayat / ayat penyata.
b. Tanda Koma [,] - Terdapat pengguguran sesuatu unsur ayat.
c. Tanda Koma Bertindih [;] - Fungsi sebagai unsur kaitan dua ayat.
d. Tanda Titik Bertindih [:] - Digunakan selepas ayat penyata diikuti ayat lain yang berkaitan.
e. Tanda Soal [?] - Hadir di akhir ayat.
f. Tanda Seru [!] - Hadir di akhir ayat bagi menunjukkan rasa hairan, marah, menyindir, sakit.
g. Tanda Sempang [-] - Bagi kata ganda.
h. Tanda Kurung [( )] - Wujud unsur selitan dalam ayat.
i. Tanda Petik [" "] - Menunjukan bahagian yang dilafazkan atau cakap ajuk.

Tatabahasa

.::Pengenalan::.
- ia merangkumi pembentukan kata serta proses pembinaan ayat.
- tatabahasa melibatkan pembentukan kata, frasa, klausa dan ayat.
- bunyi bahasa adalah unsur-unsur pembentukan kata.
- wacana hasil himpunan ayat-ayat.

.::Latar Belakang Tatabahasa::.
- tatabahasa sebahagian daripada kajian bahasa.
- bentuk kata ada kaitan dengan Morfologi.
- binaan kata ialah kata-kata dalam fungsi dan peranan dalam ayat.
- penggolongan kata - proses menjeniskan perkataan berdasarkan bentuk dan fungsi perkataan dalam golongan yang sama.
- struktur kata - binaan ayat-ayat yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan menjadi unti bahasa yang bermakna.

.::Definisi Tatabahasa::.
- merupakan pengetahuan tentang pembentukan kata dan proses penyusunan kata dalam ayat.
- tatabahasa Bahasa Melayu meliputi bidang kajian Morfologi dan sintaksis.

.::Bahagian Tatabahasa::.
a. Morfologi
- bidang tatabahasa berkaitan dengan aspek kata, dari segi struktur dan pembentukan kata serta penggolongan kata.
- unit terkecil yang mempunyai maksud atau tugas ialah morfem. Sesuatu perkataan terbentuk daripada satu morfem atau lebih.
- contoh; perkataan berkawan mempunyai dua morfem iaitu kata dasar "kawan" dan awalan "ber-".

b. Sintaksis
- bidang ilmu bahsa yang melibatkan kajian proses pembinaan ayat.
- sintaksis mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat.

c. Konsep Morfem
- unit asas terkecil yang menjalankan tugas nahu.
- walaupun unit terkecil tetapi tidak dapat dikategorikan dalam unit nahu.
- Morfem ada dua jenis, iaitu morfem bebas (iaitu kata tanpa imbuhan) dan moefem terikat (iaitu terdiri daripada bentuk-bentuk imbuhan).

.::Perbandingan Bahasa dan Tatabahasa::.

Bahasa à Fonem à Morfem à Kata à Frasa à Klausa à Ayat

Tatabahasa à Morfem à Kata à Frasa à Klausa à Ayat

.::Konsep Asas Sintaksis::.
- sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Ini termasuk kaedah penyusunan perkataan dalam membentuk sesuatu ayat.
- ayat boleh terbentuk daripada beberapa perkataan yang mempunyai makna lengkap.
- ayat mempunyai subjek dan prediket. `Subjek' dalam ayat ialah konstituen yang menjadi judul dan unsur yang diterangkan. `Predikat' adalah bahagian yang terdiri daripada frasa yang berfungsi sebagai penerang subjek.

- frasa ialah susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya satu atau dua perkataan yang berpotensi uuntuk dikembangkan menjadi lebih perkataan.
- Klausa merupakan satu unit gabungan perkataan yang mengandungi subjek dan prediket serta konstituen kepada ayat. Klausa tidak mempunyai tanda baca yang lengkap mahupun intonasi yang sempurna.


3.2.1 MORFOLOGI
.::Morfologi::.

.::Pengenalan::.
- dalam Bahasa Melayu, morfologi melibatkan tiga perkara iaitu proses pembentukan kata, penggolongan kata, dan struktur kata.

.::Definisi Morfologi::.
- Morfologi merupakan bidang tatabahasa yang berkaitan aspek bahasa dan kata termasuk struktur dan pembentukan kata. unit terkecil dipanggil Morfem.

.::Konsep Morfem::.
- morfem ialah unit tatabahasa terkecil dan fungsi nahu.
- terdapat 2 morfem iaitu 'morfem bebas' dan 'morfem terikat'.

.::Konsp Perkataan::.
- kata akar atau akar kata ialah bentuk morfem terikat yang perlu bergabung dengan morfem lain untuk membentuk kata.
- contoh: arus (akar kata) + sungai (morfem bebas)
= Arus sungai

.::Kata Dasar::.
- dikenali juga sebagai 'kata pokok' yang merupakan kata yang menjadi asas bagi kata terbitan.

.::Bentuk Kata::.
- bentuk kata ialah unit tatabahasa yang berbentuk tunggal dan terbentuk daripada pengimbuhan, penggandaan atau pemajukan sesuatu kata.
- binaan kata merupakan kata-kata yang digolongkan berdasarkan peranan masing-masing dalam sesuatu ayat.
- terdapat 4 bentuk kata dalam Bahasa Melayu.
a. Kata Tunggal
- kata daripada sebarang golongan yang tiada imbuhan, penggandaan atau pemajukan.
b. Kata Terbitan
- kata yang terbentuk daripada proses pengimbuhan. Kebanyakan daripada kata dasar menerima imbuhan daripada morfem bebas.
c. Kata Majmuk
- terhasil apabila dua kata dasar atau lebih membawa makna tertentu.
- dieja secara terpisah, namun berfungsi sebagai satu unit.
d. Kata Ganda
- bentuk kata yang dihasilkan dengan mengulangi kata dasar, sama ada seluruh kata dasar atau sebahagian kata dasar (Penggandaan penuh dan penggandaan separa).

.::Proses Pembentukan Kata::.
- satu proses penghasilan kata dalam Bahasa Melayu melelui proses pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman.
- ini akan menimbulkan kata-kata baru dan menambahkan perbendaharaan kata.

.::Pengimbuhan::.
- Melibatkan awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

.::Pemajmukan::.
- penggabungan dua kata dasaratau lebih untuk menghasilkan satu bentuk kata.
- terdapat 29 kata majmuk yang telah mantap dan dieja.

.::Penggandaan::.
- proses menggandakan kata dasar sama ada secara penuh atau seluruh kata dasar, sebahagian kata dasar atau gandaan berentak.

.::Golongan Kata::.
- perkataan digolongkan dalam golongan-golongan tertentu berdasarkan struktur,fonologi, morfem, sintaksis dan semantik.
- terdapat 4 kategori iaitu;
a. Kata Nama
- unsur penting dalam binaan nama. terdiri daripada nama orang, nama tempat dan nama benda.
- kata nama terdiri daripada 'kata nama khas', 'kata nama am' dan 'kata ganti nama'.

**kata nama khas
- hidup - manusia
- bukan manusia (haiwan, tumbuh-tumbuhan)
- tak hidup (benda mati dan tidak hidup sifatnya seperti nama negeri, institusi, bangsa, organisasi.)

**kata nama am
- kata nama am abstrak (Bukan kebendaan)
- contoh : cinta, mimpi.
- kata nama am kongkrit (Kebendaan)
- contoh : Pelajar, rumah, larutan.

**Kata ganti nama
- kata ganti nama tunjuk
- kata ganti nama diri - diri tanya
- diri orang

b. Kata Kerja
- merangkumi kata-kata dasar yang menjadi unsur utama dalam binaan frasa kerja.

Kata Kerja
- Tak Transitif
- Berpelengkap
- Tak Berpelengkap
- Transitif
- Aktif
- Pasif

c. Kata Adjektif
- juga dikenali sebagai kata sifat yang merupakan perkataan unsur inti dalam sesuatu binaan frasa adjektif.

Penggolongan kata Adjektif
1.cara - Mudah, Sukar
2.sifat - Baik, Jahat
3.jarak - Dekat, Jauh
4.waktu - Sekarang, Nanti
5.warna - Biru, Merah
6.bentuk - Bulat, Bujur
7.ukuran - CM, Inci
8.perasaan - Suka, Gembira
9.pancaindera - Rasa, Bau, Dengar, Dsb

d. Kata Tugas
- hadir dalam frasa, klausa atau ayat.
- kata tugas untuk kata seru, nafi, arah, tanya, bantu, penegas, perintah, hubung, bilangan, penguat, pemeri, pembenar, sendi nama dan pangkal ayat.



3.2.2 SINTAKSIS
.::Pengenalan::.
- sintaksis ialah bidang ilmu bahasa berkaitan dengan proses pembinaan ayat.
- dalam dinaan ayat, frasa dan klausa adalah penting.

.::Definisi Sintaksis::.
- sintaksis ialah bidang yang mengkaji hukum atau rumus tatabahasa.
- aspek penting seperti konsep frasa dan klausa, penggolongan kata serta pembentukan dan pembinaan ayat.

.::Ayat::.
- ayat adalah unit pengucapan yang terletak di peringkat susunan yang paling tinggi.
- Binaan ayat mempunyai subjekdan predikat.

.::Pola-pola Ayat Dasar::.
- ayat dasar merupakan ayat inti yang dapat mengalami peluasan.
- dalam Bahasa Melayu terdapat 4 jenis pola iaitu;
a. Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN)
b. Frasa Nama + Frasa Kerja (KN+FK)
c. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FS)
d. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS)

.::Frasa::.
- Frasa ialah satu unit tatbahasa berdasrkan kata susunan yang mengandungi satu atau dua perkataan yang berpotensi untuk diluaskan menjadi dua perkataan atau lebih.
- contoh : "Budak --> Budak sekolah --> Seorang budak sekolah".

.::Jenis-jenis Frasa::.
- tardapat 4 jenis frasa iaitu :
a. Frasa Nama (FN)
- terdiri daripada satu perkataan atau beberapa binaan dalam satu ayat.
b. Frasa Kerja (FK)
- terdiri daripada kata kerja tak transitif.
c. Frasa Adjektif (FA)
- susunan perkataan terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifar (Ajdektif).
d. Frasa Sendi Nama (FS)
- terdiri daripada satu sendi nama dan satu frasa sebagai pelengkap.

.::Klausa::.
- klausa merupakan unit gabungan perkataan yang mengandungi subjek dan predikat.
- fungsi klausa sebagai konstituen kepada ayat.
- jenis-jenis klausa terdiri daripada;
a. klausa bebas (utama)
b. klausa terikat (tak bebas)

.::Ragam Ayat::.
- merangkumi ayat aktif dan ayat pasif.
- ayat aktif ialah yang menggunakan kata kerja aktif.
- ayat aktif boleh dipasifkan, terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.
- sebagai panduan;
Ayat Aktif - aktif transitif
- aktif tak transitif
Ayat Pasif - ayat pasif dengan kata kerja.
- ayat pasif dengan kata nama ganti
- ayat pasif dengan perkataan "Kena"

.::Jenis-jenis Ayat::.
a. Jenis-jenis Ayat
1. Ayat penyata
2. Ayat perintah
- Ayat suruhan
- Ayat larangan
- Ayat silaan
- ayat permintaan
3. Ayat seruan
4. Ayat tanya

.::Bentuk Ayat::.
- terdapat pelbagai ragam dan bentuk ayat-ayat dasar / ayat mudah / ayat inti.
- terdapat beberapa pola ayat seperti ayat pasif, ayat tunggal, ayat majmuk dan sebagainya.

a. Ayat Tunggal
- ayat tunggal mengandungi satu klausa bebas.
- ayat tunggal terdiri daripada satu subjek (inti) dan satu predikat (cerita) sahaja.
- ayat tunggal merupakan ayat dasar.

b. Ayat Majmuk
- ayat majmuk atau ayat kompleks merupakan gabungan dua atau lebih ayat tunggal dalam satu ayat.
- ia boleh dibahagikan kepada beberapa ayat seperti;
- Gabungan
- Pancangan
- Komplemen
- Pancangan Relatif
- Pancangan Keterangan
- Majmuk Campuran



3.3 SEMANTIK
.::Semantik::.

.::Pengenalan::.
- bidang kajian bahasa yang mengkaji maksud dan makna kata.
- beberapa konsep dipelajari seperti sinonim, antonim, hiponim, homonim, dan polisim.

.::Definisi Semantik::.
- semantik ialah makna kata, satu cabang linguistik. mengkaji makna kata dalam bahasa tertentu, dikaitkan dengan masyarakat, dan faktor-faktor yang mempengaruhi.

.::Makna Perkataan::.
- terdapat hubungan semantik antara satu perkataan dengan perkataan bahasa lain atau perkaitan beberapa jenis perkataan.

.::Perkaitan Makna Perkataan::.

Makna Perkataan
- Polisim
- Antonim
- Hiponim - homonim
- Homofon
- Homograf

.::Peribahasa::.
- masyarakatMElayu kaya dengan pelbagai bentuk kata berbunga yang diwarisi dari tutun-temurun.
- peribahasa sudah sebati dalam masyarakat Melyu dan merupakan warisan yang amat tinggi nilainya.
- peribahasa terdiri daripada simpulan bahasa, perumpamaan pepatah dan bidalan. Peribahasa mempunyai falsafah hidup dan nilai moral yang tinggi.

a. perumpamaan / simile
- perumpamaan ialah kata-kata kiasan yang membawa perbandingan makna. Perumpamaan mempunyai erti dua lapis.
b. pepatah
- pepatah juga dikenali sebagai perbilangan. Pepatah ialah ungkapan yang merupakan pusaka adat resam masyarakat Melayu.
c. bidalan
- Bidalan ialah peribahasa yang mempunyai makna selapis sahaja.
d. kiasan
- kiasan ialah bahasa yang diungkapkan dimana ia dibandingkan dengan yang lain.
e. simpulan bahasa
- ungkapan atau rangkai kata yang tersimpul dan digunakan dalam keadaan tertentu.
f. rumusan
- rumusan ialah peribahasa di dalam warisan budaya Melayu.

.::Perbandingan::.
- terdapat dalam perumpamaan.
- Perbandingan terbahagi kepada dua jenis iaitu perbandingan terus terang dan perbandingan tidak terus terang.
- di dalam perbandingan, terdapat 5 jenis perbandingan iaitu;
a. Tamsil
- memberi misalan berkias.
- mengandungi pengajaran dan teladan.
b. Ibarat
- bahasa yang menggunakan kata-kata berkias dalam perkataan sesuatu maksud.
- maksud juga berbeza secara tersurat dan tersirat.
c. Kiasan Ibarat
- gabungan bahasa ibarat dengan bahasa kiasan.
- selalu digunakan didalam penulisan prosa dan puisi.
d. Tamsil Ibarat
- tamsil ibarat merupakan gabungan bahasa tamsil dan bahasa ibarat dalam bentuk kesatuan kata.
- ia mengandungi unsur-unsur pengajaran.
e. Cerita Ibarat dan Cerita Kiasan
- ia berperanan untuk memberi pengajaran dan teladan kepada manusia.

.::Kiasan::.
- kiasan ialah bahasa yang diucapkan tantang sesuatu perkara dibandingkan dengan perkara lain.
- kiasan terbahagi kepada 2 bentuk iaitu;
a. kiasan asal
- bagasa yang memerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan benda lain sebagai perbandingan.
b. kiasan berpindah
- menggunakan kata perbandingan seperti bak, ibarat, umpama, laksana dan bagai.
- kiasan berpindah ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu;
- kiasan bersandar
- kiasan melarat
- kiasan melompat
- kiasan terus
- kiasan berangkap
- kiasan berbunga
- kiasan pemanis