Tuesday, June 30, 2009

Asal-usul Bahasa Melayu Vol2

1.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
1.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
1.1 ASAL USUL BAHASA MELAYU

Pengenalan
Asal usul Bahasa Melayu agak kabur. Hal ini disebabkan kurangnya bukti-bukti konkrit tentang istilah Melayu pada zaman Prasejarah.

Bukti-bukti ditemui melalui penemuan beliung segi panjang di Sungai Hwang Ho, Sungai Mekong, Sungai Salween, Sungai Irrawaddy dan Sungai Brahmaputea, selain penemuan beliung di Utara Tanah Melayu. Bahan artifak ini menjadi asas kajian manusia prasejarah, perhubungan dan perjalanan di serata dunia.

Tarikh awal penggunaan perkataan "Melayu" tidak dapat dipastikan. Kata "Melayu" merujuk kepada orang dan bahasa, iaitu rata-rata penduduk yang beragama Islam dan mendiami hampir keseluruhan Kawasan Asia Tenggara. Para penyelidik juga mendapati bahawa terdapat bukti-bukti penggunaan perkataan "Melayu" pada kurun ketujuh Masihi.

Definisi Dari Segi Etimologi
Etimologi ialah kajian tentang asal usul perkataan.
Perkataan "melayu" dikatakan daripada perkataan Mo-lo-yeu.

Bukti penemuan;
Catatan pengembara Cina sekitar tahun 644 - 645 M.
Catatan Rahib Buddha bernama I-Tsing yang singgah di Srivijaya pada 672 M. Catatannya mengatakan bahawa Bahasa Melayu digunakan di Palembang.
Pengembara Portogis, Godinho de Erachia, mengatakan Bahasa Melayu digunakan sebagai Lingua Franca di Kepulauan Melayu.
Kerajaan Melaka menggunakan Bahasa Melayu dalam perhubungan di Kepulauan Melayu dengan pedagang-pedagang dari Asia, Eropah, Asia Barat, India dan China.
Perkataan Melayu pada Kerajaan Mo-lo-yue di Jambi, Sumatera, sempena sebatang sungai dipanggil "Sungai Melayu"
Salasilah Bahasa Melayu
Dalam kajian rumpun dan Keluarga Bahasa Melayu, kita perlu memahami istilah yang penting. Antara istilah-istilah yang perlu difahami ialah:

Filum à Kelompok bahasa seusia 5000 tahun.
Rumpun à Kelompok bahasa 2500 - 5000 tahun.
Keluarga à Kelompok bahasa seusia kurang daripada 2500 tahun.

Bahasa keluarga mempunyai persamaan dalam pembentukan kata, bunyi dan golongan kata. Setiap keluarga bahasa terdiri daripada bahasa subkeluarga atau subkelompok mengikut faktor geografi dan nama bahasa tertentu.
sebagai contoh;

Golongan
Bahasa
Sumatera
Acheh, Batak, Minangkabau, Lampung, Melayu, Nias, Orang Laut
Jawa
Sunda, Madura,Jawa.
Filipina
Tagalog, Sulu, Pulau, Bisaya, Iloko, Tombulu

Bahasa Asonesia ialah rumpun bahasa yang tergolong dalam satu filum Bahasa Austris.
Bahasa Austris terdiri dari, àAustronesia
àAustroasia
àTibet – China

1.2 BAHASA MELAYU KUNO

Perkembangan Aksara Jawi
Amalan penganut Hindu sebelum Islam mementingkan kasta dan strafikasi sosial. Masyarakat bawahan tidak berpeluang menguasai sistem tulisan. Pengaruh Islam mewajibkan penganutnya menbaca ayat-ayat al-Quran.
Tulisan Jawi digunakan oleh orang-orang Jawa dan Melayu setelah kedatangan Islam yang dibawa oleh Orang Arab dengan menggunakan Bahasa Melayu.

Empat tahap Perkembangan
à Tahap 1
Tulisan Jawi mengikut tulisan Arab. Ada tanda – tanda baris.
à Tahap 2
Tanpa tanda baris.
à Tahap 3
Terdapat pengaruh Melayu dengan huruf alif, wau dan ya.
à Tahap 4
Menggunakan huruf-huruf saksi pada suku kata kedua.

Bahan Bukti Penggunaan
Berpandukan surat-surat awal, karya sastera dan batu bersurat yang ditemui.
1, Batu bersurat di Pagar Ruyong (1356 M)
2, Batu Nisan di Minye Tujuh, Acheh (1380 M)
3, Batu Bersurat di Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu
sekitar 1303/1397 M.
Karya Sastera Melayu - Sulatin (Sejarah Melayu), Undang- undang Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Hikayat Amir Hamzah.
Daftar kata Melayu - Itali pertama - Kapten Kapal Victoria - Antonio Pigafetta.
Daftar kata cina - Melayu - Dalam tulisan cina.
Penulisan sastera tasawuf, syair dan ilmu mistik. Contoh; Hamzah Fansuri, Syamsuddin Al-Sumaterani.
Perkembangan Bahasa Melayu

Pengenalan
Terbahagi kepada 3 tahap iaitu Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden.


Bahasa Melayu Kuno
1, Dianggarkan Berkembang melalui Kerajaan Melayu di Jambi.
2, Catatan China, Kerajaan Melayu Mengadakan hubungan diplomasi dengan penghantaran utusan sejak 644 Masihi.
3, Bahasa Melayu Kuno mengalami perkembangan yang pesat kerana bersifat serdahana, mudah menerima pengaruh dan tidak terikat dengan susun lapis masyarakat.
4, Sejak kurun ke-7 Masihi, kerajaan Sriwijaya di Palembang menjadi pusat ilmu pengatahuan. Bahasa Melayu Kuno, menurut pengembara China I-Tsing, dijadikan Dahasa Penghantar untuk mengajar Bahasa Sanskrit dan falsafah Buddha. Bahasa Melayu Kuno - Koon`un Lan, digunakan dengan Meluas

Ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno
1. Pinjaman daripada Sanskrit
contoh: Sukhashitta = Sukacita
Laghu = Lagu
2. Pada batu bersurat
contoh: Upasarga, ayer, prakata.
3. Persamaan kesejajaran bunyi
contoh: Wunuh = Bunuh
Wuah = Buah

Bukti Bahan Penggunaan
1. Bahan bukti dari batu bersurat, daun lontar dan kulit kayu.
2. Contoh batu bersurat di Tanjung Periuk bertarikh 450 M.
3. Ada kata pinjaman Bahasa Sanskrit dan tulisan huruf Palava (Huruf Kawi dan Ngiri daripada Bahasa Dravida, India Selatan)


1.3 BAHASA MELAYU KLASIK
Bahasa Melayu Klasik
Abad ke-12 dan abad ke-13 merupakan zaman peralihan daripada pengaruh agama Hindu - Buddha kepada pengaruh Islam. Zaman kedatangan pengaruh Islam dikaitkan dengan kedatangan pedagang India dan Arab. Teori lain mengatakan bahawa Islam dibawa dari China. Marco Polo mengatakan yang masyarakat di situ telah memeluk Islam.

Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik
1. Ayat yang digunakan panjang dan meleret-leret kerana penyampaian seperti bercerita dalam penglipur lara.
2. Subjek dan predikat dalam ayat meleret-leret dan sukar difahami oleh pembaca. Contohnya,
"Hatta beberapa lamanya antara itu maka istana baginda pun sudahlah, sebuah mahligai terlalu indah rupanya dan sangatlah ajaib perbuatannya, sesiapa tidak pernah melihat yang demikian itu.
3. Ayat-ayat Bahasa Klasik sering ditandai dan diulang dengan kata-kata adapun, kalakian, arakian, syahdan, hatta dan sebagainya.
4. Banyak pengulangan kata tunjuk, Kata penegas, dan kata hubung.
contoh, itu, sana, - lah, yang, dan, atau.



1.4 BAHASA MELAYU MODEN

A. Konsep Bahasa Melayu Moden
1. Bermula abad ke-19 dan ke-20.
2. Berasaskan kepada pembaharuan oleh Abdulah bin Abdul Kadir Munsyi (abdulah Munsyi).
3. Melalui karya Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu dalam Segala Negeri (1837), Hikayat Abdulah (1838), Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838), dan Kisah Pelayaran Abdulah ke Jeddah (1854)


B. Tahap Perkembangan Bahasa Melayu
1. Bahasa Melayu menjadi bahasa penghantar sebelum British.
2. Pada zaman British, Bahasa Melayu digunakan secara rasmi di lima buah Negeri Melayu Tidak Bersekutu (Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah, dan Perlis) dan Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Pahang, Selangor, dan Negeri Sembilan).
3. Pegawai British yang berminat dan menulis sarjana Bahasa Melayu ialah R.O.Winstedt, R.J.Wikinson, C.C.Brown, W.E.Maxwell, W.Marseden, O.T.Dussek, A.M.Skinner, J.Crawfod dan W.G.Shellabear.

Bahasa Melayu Moden
1. sebelum merdeka, Bahasa Inggeris diutamakan.
2. Muncul pergerakan secara persorangan dan pertubuhan memperjuangkan Bahasa Melayu.
3. Pergarakan individu oleh Ishak Hj. Muhammad (Pak Sako),
Shamsudin Saleh dan A. Rahim Kajai.
4. Perjuangan secara pertubuhan seperti Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Pena, Asas 50 (Angkatan Sasterawan 50).

Bahasa Melayu Moden Pascamerdeka
1. Para nasionalalis yang menuntut kemerdekaan mahu menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
2. Usul ini membawa kepada Suruhanjaya Reid dalam membentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
3. Setelah merdeka, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 (bahasa Kebangsaan) menyatakan "Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi negara merdeka".
4. Akta Bahasa Kebangsaan 1957 menyatakan yang Bahasa Melayu digunakan dalam semua urusan rasmi negara.
5. Akta Pendidikan 1961 membantu perkambangan sistem pelajaran yang bahasa penghantarnya ialah Bahasa Melayu.
6. Perlaksanaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dikuatkuasakan melalui Akta Bahasa Kebangsaan 1957.
7. Akta Pendidikan 1961 membantu perkembangan sistem pelajaran yang bahasa penghantarnya ialah bahasa kebangsaan.

C. Fungsi Bahasa Melayu Moden
1. Sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum dan bahasa penghantar serta ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan tinggi.
2. Berkembang sebagai media komunikasi yang lengkap dan sempurna.

Fungsi Bahasa Melayu.
- Bahasa Perpaduan
- Bahasa Ilmu
- Bahasa Komunikasi

D. Perancangan Bahasa Melayu
Membawa maksud usaha-usaha memupuk dan mengembangkan bahasa ke taraf yang lebih maju.
setu rang undang-undang digubal dan diluluskan pada tahun 1959 iaitu Undang-undang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Peranan DBP
- Menyelaraskan sistem ejaan Bahasa Melayu.
- Mencetak bahan dalam Bahasa Melayu.
- Memperkasa Bahasa Melayu.
- Mencipta istilah pelbagai bidang.
- Menerbitkan kamus.

E. Perancangan Bahasa
1. Membuat dasar:
- Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan
- Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
- Laporan Razak (1956)
- Penyata Rahman Talib (1960)
- Akta Pendidikan 1961
2. Kodifikasi/pengekodan peristilahan - Penubuhan Jawatankuasa Istilah, pengekodan kamus, ejaan.
3. Pelaksanaan dasar:
- Minggu bahasa
- Bulan Bahasa
- Bulan Bahasa
- Kempen "Cintailah Bahasa Kita".


1.5 UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU
Unsur Asing Dalam Bahasa Melayu

Pengenalan
Bahasa Melayu dipengaruhi oleh bahasa asing kerana pertembungan budaya iaitu dari perdagangan, penyebaran agama dan ilmu, diplomatik dan penjajahan.

Definisi Peminjaman Bahasa
Definisi "Peminjaman Bahasa" ialah proses meminjam kata-kata atau istilah daripada satu bahasa oleh bahasa yang lain atas matlamat tertentu.

Jenis-jenis Peminjaman
Peminjaman Dialek
- Ikut dialek Kedah, Perak Kelantan dan lain-lain.
- Ini digunakan dalam bahasa baku.
- Contoh : Kemarin, emalam, jenuh, beria.
Peminjaman Kuno
- Peminjman Bahasa Kuno yang tidak digunakan lagi.
- Proses ini menghidupkan kata-kata lama.
- Comntoh : Purnama, suria, mentari, dermaga, limbungan,Tun.
Peminjaman Tulen
- Dipinjam terus dan tiada istilah yang sesuai.
- Contoh : Bahasa Inggeris - Bas, beg, bateri, polis, doktor
Bahasa Arab - ustaz, ustazah, sabar, azab

Bahasa Sanskrit
1. Pengaruh BAhasa Sanskrit dikesan seawal abad ke-7 pada catatan batu bersurat.
2. Dalam Bahasa Melayu, terdapat 677 perkataan yang berasal daripada Bahasa Sanskrit. ini meliputi agama, falsafah, alam semula jadi, flora, fauna, kekeluargaan dan banyak lagi.

Bahasa Jawa
1. Dalam Bahasa Melayu, terdapat 1977 perkataan Bahasa Jawa.
2. Meliputi kata konsep, makanan dan kata panggilan.
3. Contohnya : Lakonan, wayang, gadis, gerbok , tamu dan lain-lain.

Bahasa Arab
1. Sejak abad ke-13, kitab-kitab agama menjadi alat penyebaran agama dan sastera Islam.
2. Pada abad ke-14, batu bersurat ditemui di Kuala Berang, Terengganu yang menggunakan tulisan jawi.

Bahasa Tamil, Hindi dan Parsi
1. Tidak meluas dan berlaku dalam hubungan perdagangan.
2. Bahasa Tamil - Kapal, Katil, jodoh, sami, mahligai dll.
3. Bahasa Hindi - boria, basi, dunia, dian, roti dll.
4. bahasa Parsi - nobat, nafiri, piala, serban dll.

Bahasa Cina
1. Kesemua berasal dari Hokkien, kerana mereka yang mula-mula datang dan bermastautin di Tanah Melayu.
2. Kata-kata berkaitan makanan, pakaian, alat-alat untuk berjudi dan kata-kata yang tidak terdapat dalam Bahasa Melayu.
3. Contoh;
- Permainan - Pakau, congkak, cuki.
- Makanan dan buah-buahan - mi, cincau, bihun, taucu, kuih, bepang.
- Pakaian dan barangan - gincu, koyok, toncang, kekwa.
- Rumah dan perkakas - jong, tongkang, loceng, cawan.
- Manusia dan hal-ehwal manusia - tauke, lu, gua, apek, nyonya.

Bahasa Portogis dan Belanda
1. Mempegaruhi aspek kosa kata, nahu, bunyi dan imbuhan.
2. Kedatangan Kuasa Barat Portogis dan Belanda mempengaruhi dan memperkayakan kata-kata pinjaman dalam Bahasa Melayu.
3. Contoh Bahasa Portogis
- baldi, bangku, meja, bola, bomba, garpu, kemeja, lelong, armada, sekolah, roda.
contoh Bahasa Belanda
- Snapang, duti, kurang, bagasi, rokok, pelekat, dam, tolok.

Bahasa Inggeris
1. Pengaruh barat yang terakhir. Konsonan Bahasa Inggeris yang dipinjamkan hanyalah /V/ dan menjadikan bunyi-bunyi pinjaman menjadi 14 konsonan.
2. Contoh
- bom, polis, stesen, audit, wisel, dll.

Sistem Bahasa Melayu

3.0 SISTEM BAHASA MELAYU

3.1 FONOLOGI
Sistem Bahasa Melayu
Pengenalan
Sistem Bahasa Melayu terdiri daripada binaan ayat, frasa dan bunyi bahasa.
Sistem Bahasa Melayu merangkumi empat bidang iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.

Fonologi - Bidang kajian bunyi-bunyi bahasa dan lambang-lambang.
Morfologi - Bidang kajian kata dari segi pembentukan, jenis dan aspek-aspek berkaitan kata.
Sintaksis - Kajian tentang ayat yang merangkumi pembentukan, jenis dan golongan serta kajian tentang ayat.
Semantik - Kajian yang merangkumi penggunaan kata berpandukan makna.

Fonologi
Satu bidang kajian atau ilmu cabang bahasa yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa serta lambang-lambang yang ada pada setiap bunyi bagi sesuatu bahasa.

Konsep Bunyi, Fonem, Huruf dan Suku Kata
Konsep Bunyi - Bunyi sebutan dalam sistem Bahasa Melayu.
Fonem - Unit bunyi bahasa terkecil dan dapat membezakan makna kata. Fonem diwujudkan bagi kemudahan huraian sistem bunyi.
Huruf - Fonem-fonem bahasa diberi lambang tulisan berupa huruf. Huruf merupakan lambang dalam sistem bunyi bahasa yang membentuk parkataan dalam tulisan.Dalam abjad Romawi terdapat 26 lambang iaitu 21 konsonan dan lima fonem vokal.
Suku Kata Dalam Bahasa Melayu - Dalam Bahasa Melayu, setiap suku kata ditandai vokal yang mendahului atau mengikuti konsonan. Dalam ejaan, terdapat 11 pola suku kata.
Sistem Tulisan Bahasa Melayu
Dipercayai Bahasa Melayu ditulis dengan tulisan Kawi dan Rencong. Kedatangan Arab melahirkan tulisan Jawi. Kedatangan Barat menyebabkan tulisan Rumi terhasil.

Penggolongan Bunyi Bahasa
Alat-alat Pertuturan Manusia
- Setiap alat mempunyai fungsi tertentu sebagai alat pertuturan. Dua jenis alat pertuturan iaitu:
a. Artikulator
b. Titik Artikulasi

**Gambar Rajah Keratan Rentas Alat Pertuturan Manusia**
Bunyi-bunyi Bahasa
a. Alat-alat pertuturan manusia menghasilkan dua jenis bunyi, iaitu bahasa dan bukan bahasa iaitu gerak tubuh.
b. Bunyi bahasa terhasil daripada alat-alat pertuturan manusia. Terdapat 3 jenis bunyi bahasa iaitu vokal, konsonan dan bunyi diftong.
c. Bunyi bukan bahasa dihasilkan oleh alat-alat pertuturan tetapi mesej yang ingin disampaikan tidak difahami sepenuhnya.
- contoh; Bunyi batuk, berderham, pergerakan tangan.
Vokal
a. Bunyi vokal dihasilkan tanpa halangan , sekatan ataupun sisihan pada arus ugara yang dikeluarkan oleh paru-paru.
b. Terdapat 8 bunyi vokal iaitu 6 vokal asli dan 2 vokal pinjaman.

**Gambar rajah vokal**
Sifat-sifat Vokal
a. Bibir berkeadaan neuteral semasa menghasilkan bunyi vokal ini.
b. Vokal umumnya bersuara, pita suara akan bergetar.
c. Tiada sebarang sekatan, halangan atau geseran semasa vokal dihasilkan.

Kedudukan Vokal Dalam Bahasa Melayu
a. Vokal membentuk suku kata dan kata.
b. Vokal depan ( i, e, ε, a ) adalah pada suku kata.
c. Vokal didahului oleh bunyi "hentian glotis".


Awal
Tengah Akhir
Terbuka
Akhir Tertutup
e
e/kor
Belas
Sate
Telek
i
i/bu
Bilah
Kali
Saling
a
a/yam
Malu
Saya
Botak

Cara Menghasilkan Bunyi Bahasa
A. Konsonan
a. Konsonan adalah bunyi-bunyi selain bunyi-bunyi vokal.
b. Bunyi konsonan dihasilkan oleh alat pertuturan manusia dengan membuat sekatan, halangan ataupun geseran.
c. Ketika dihasilkan, udara dari paru-paru akan menghasilkan sekatan di rongga mulut, tekak dan hidung.
d. Ada 18 konsonan asli dan 9 konsonan pinjaman.
e. Konsonan asli terdiri daripada,\;
- Bunyi letupan (Plosif)
- Bunyi letusan (Afrikat)
- Sengauan (Nasal)
- Geseran (Frikatif)
- Sisihan (Lateral)
- Getaran (Tril)
- Bunyi separuh vokal (Geluncuran)

Tanda Baca
Tanda baca digunakan dalam sistem ejaan Rumi Bahasa Melayu.
Merupakan lambang-lambang dalam penulisan bahasa untuk memperjelaskan maksud.

a. Tanda Titik [.] - Berahir sesuatu ayat / ayat penyata.
b. Tanda Koma [,] - Terdapat pengguguran sesuatu unsur ayat.
c. Tanda Koma Bertindih [;] - Fungsi sebagai unsur kaitan dua ayat.
d. Tanda Titik Bertindih [:] - Digunakan selepas ayat penyata diikuti ayat lain yang berkaitan.
e. Tanda Soal [?] - Hadir di akhir ayat.
f. Tanda Seru [!] - Hadir di akhir ayat bagi menunjukkan rasa hairan, marah, menyindir, sakit.
g. Tanda Sempang [-] - Bagi kata ganda.
h. Tanda Kurung [( )] - Wujud unsur selitan dalam ayat.
i. Tanda Petik [" "] - Menunjukan bahagian yang dilafazkan atau cakap ajuk.

Tatabahasa

.::Pengenalan::.
- ia merangkumi pembentukan kata serta proses pembinaan ayat.
- tatabahasa melibatkan pembentukan kata, frasa, klausa dan ayat.
- bunyi bahasa adalah unsur-unsur pembentukan kata.
- wacana hasil himpunan ayat-ayat.

.::Latar Belakang Tatabahasa::.
- tatabahasa sebahagian daripada kajian bahasa.
- bentuk kata ada kaitan dengan Morfologi.
- binaan kata ialah kata-kata dalam fungsi dan peranan dalam ayat.
- penggolongan kata - proses menjeniskan perkataan berdasarkan bentuk dan fungsi perkataan dalam golongan yang sama.
- struktur kata - binaan ayat-ayat yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan menjadi unti bahasa yang bermakna.

.::Definisi Tatabahasa::.
- merupakan pengetahuan tentang pembentukan kata dan proses penyusunan kata dalam ayat.
- tatabahasa Bahasa Melayu meliputi bidang kajian Morfologi dan sintaksis.

.::Bahagian Tatabahasa::.
a. Morfologi
- bidang tatabahasa berkaitan dengan aspek kata, dari segi struktur dan pembentukan kata serta penggolongan kata.
- unit terkecil yang mempunyai maksud atau tugas ialah morfem. Sesuatu perkataan terbentuk daripada satu morfem atau lebih.
- contoh; perkataan berkawan mempunyai dua morfem iaitu kata dasar "kawan" dan awalan "ber-".

b. Sintaksis
- bidang ilmu bahsa yang melibatkan kajian proses pembinaan ayat.
- sintaksis mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat.

c. Konsep Morfem
- unit asas terkecil yang menjalankan tugas nahu.
- walaupun unit terkecil tetapi tidak dapat dikategorikan dalam unit nahu.
- Morfem ada dua jenis, iaitu morfem bebas (iaitu kata tanpa imbuhan) dan moefem terikat (iaitu terdiri daripada bentuk-bentuk imbuhan).

.::Perbandingan Bahasa dan Tatabahasa::.

Bahasa à Fonem à Morfem à Kata à Frasa à Klausa à Ayat

Tatabahasa à Morfem à Kata à Frasa à Klausa à Ayat

.::Konsep Asas Sintaksis::.
- sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Ini termasuk kaedah penyusunan perkataan dalam membentuk sesuatu ayat.
- ayat boleh terbentuk daripada beberapa perkataan yang mempunyai makna lengkap.
- ayat mempunyai subjek dan prediket. `Subjek' dalam ayat ialah konstituen yang menjadi judul dan unsur yang diterangkan. `Predikat' adalah bahagian yang terdiri daripada frasa yang berfungsi sebagai penerang subjek.

- frasa ialah susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya satu atau dua perkataan yang berpotensi uuntuk dikembangkan menjadi lebih perkataan.
- Klausa merupakan satu unit gabungan perkataan yang mengandungi subjek dan prediket serta konstituen kepada ayat. Klausa tidak mempunyai tanda baca yang lengkap mahupun intonasi yang sempurna.


3.2.1 MORFOLOGI
.::Morfologi::.

.::Pengenalan::.
- dalam Bahasa Melayu, morfologi melibatkan tiga perkara iaitu proses pembentukan kata, penggolongan kata, dan struktur kata.

.::Definisi Morfologi::.
- Morfologi merupakan bidang tatabahasa yang berkaitan aspek bahasa dan kata termasuk struktur dan pembentukan kata. unit terkecil dipanggil Morfem.

.::Konsep Morfem::.
- morfem ialah unit tatabahasa terkecil dan fungsi nahu.
- terdapat 2 morfem iaitu 'morfem bebas' dan 'morfem terikat'.

.::Konsp Perkataan::.
- kata akar atau akar kata ialah bentuk morfem terikat yang perlu bergabung dengan morfem lain untuk membentuk kata.
- contoh: arus (akar kata) + sungai (morfem bebas)
= Arus sungai

.::Kata Dasar::.
- dikenali juga sebagai 'kata pokok' yang merupakan kata yang menjadi asas bagi kata terbitan.

.::Bentuk Kata::.
- bentuk kata ialah unit tatabahasa yang berbentuk tunggal dan terbentuk daripada pengimbuhan, penggandaan atau pemajukan sesuatu kata.
- binaan kata merupakan kata-kata yang digolongkan berdasarkan peranan masing-masing dalam sesuatu ayat.
- terdapat 4 bentuk kata dalam Bahasa Melayu.
a. Kata Tunggal
- kata daripada sebarang golongan yang tiada imbuhan, penggandaan atau pemajukan.
b. Kata Terbitan
- kata yang terbentuk daripada proses pengimbuhan. Kebanyakan daripada kata dasar menerima imbuhan daripada morfem bebas.
c. Kata Majmuk
- terhasil apabila dua kata dasar atau lebih membawa makna tertentu.
- dieja secara terpisah, namun berfungsi sebagai satu unit.
d. Kata Ganda
- bentuk kata yang dihasilkan dengan mengulangi kata dasar, sama ada seluruh kata dasar atau sebahagian kata dasar (Penggandaan penuh dan penggandaan separa).

.::Proses Pembentukan Kata::.
- satu proses penghasilan kata dalam Bahasa Melayu melelui proses pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman.
- ini akan menimbulkan kata-kata baru dan menambahkan perbendaharaan kata.

.::Pengimbuhan::.
- Melibatkan awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

.::Pemajmukan::.
- penggabungan dua kata dasaratau lebih untuk menghasilkan satu bentuk kata.
- terdapat 29 kata majmuk yang telah mantap dan dieja.

.::Penggandaan::.
- proses menggandakan kata dasar sama ada secara penuh atau seluruh kata dasar, sebahagian kata dasar atau gandaan berentak.

.::Golongan Kata::.
- perkataan digolongkan dalam golongan-golongan tertentu berdasarkan struktur,fonologi, morfem, sintaksis dan semantik.
- terdapat 4 kategori iaitu;
a. Kata Nama
- unsur penting dalam binaan nama. terdiri daripada nama orang, nama tempat dan nama benda.
- kata nama terdiri daripada 'kata nama khas', 'kata nama am' dan 'kata ganti nama'.

**kata nama khas
- hidup - manusia
- bukan manusia (haiwan, tumbuh-tumbuhan)
- tak hidup (benda mati dan tidak hidup sifatnya seperti nama negeri, institusi, bangsa, organisasi.)

**kata nama am
- kata nama am abstrak (Bukan kebendaan)
- contoh : cinta, mimpi.
- kata nama am kongkrit (Kebendaan)
- contoh : Pelajar, rumah, larutan.

**Kata ganti nama
- kata ganti nama tunjuk
- kata ganti nama diri - diri tanya
- diri orang

b. Kata Kerja
- merangkumi kata-kata dasar yang menjadi unsur utama dalam binaan frasa kerja.

Kata Kerja
- Tak Transitif
- Berpelengkap
- Tak Berpelengkap
- Transitif
- Aktif
- Pasif

c. Kata Adjektif
- juga dikenali sebagai kata sifat yang merupakan perkataan unsur inti dalam sesuatu binaan frasa adjektif.

Penggolongan kata Adjektif
1.cara - Mudah, Sukar
2.sifat - Baik, Jahat
3.jarak - Dekat, Jauh
4.waktu - Sekarang, Nanti
5.warna - Biru, Merah
6.bentuk - Bulat, Bujur
7.ukuran - CM, Inci
8.perasaan - Suka, Gembira
9.pancaindera - Rasa, Bau, Dengar, Dsb

d. Kata Tugas
- hadir dalam frasa, klausa atau ayat.
- kata tugas untuk kata seru, nafi, arah, tanya, bantu, penegas, perintah, hubung, bilangan, penguat, pemeri, pembenar, sendi nama dan pangkal ayat.



3.2.2 SINTAKSIS
.::Pengenalan::.
- sintaksis ialah bidang ilmu bahasa berkaitan dengan proses pembinaan ayat.
- dalam dinaan ayat, frasa dan klausa adalah penting.

.::Definisi Sintaksis::.
- sintaksis ialah bidang yang mengkaji hukum atau rumus tatabahasa.
- aspek penting seperti konsep frasa dan klausa, penggolongan kata serta pembentukan dan pembinaan ayat.

.::Ayat::.
- ayat adalah unit pengucapan yang terletak di peringkat susunan yang paling tinggi.
- Binaan ayat mempunyai subjekdan predikat.

.::Pola-pola Ayat Dasar::.
- ayat dasar merupakan ayat inti yang dapat mengalami peluasan.
- dalam Bahasa Melayu terdapat 4 jenis pola iaitu;
a. Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN)
b. Frasa Nama + Frasa Kerja (KN+FK)
c. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FS)
d. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS)

.::Frasa::.
- Frasa ialah satu unit tatbahasa berdasrkan kata susunan yang mengandungi satu atau dua perkataan yang berpotensi untuk diluaskan menjadi dua perkataan atau lebih.
- contoh : "Budak --> Budak sekolah --> Seorang budak sekolah".

.::Jenis-jenis Frasa::.
- tardapat 4 jenis frasa iaitu :
a. Frasa Nama (FN)
- terdiri daripada satu perkataan atau beberapa binaan dalam satu ayat.
b. Frasa Kerja (FK)
- terdiri daripada kata kerja tak transitif.
c. Frasa Adjektif (FA)
- susunan perkataan terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifar (Ajdektif).
d. Frasa Sendi Nama (FS)
- terdiri daripada satu sendi nama dan satu frasa sebagai pelengkap.

.::Klausa::.
- klausa merupakan unit gabungan perkataan yang mengandungi subjek dan predikat.
- fungsi klausa sebagai konstituen kepada ayat.
- jenis-jenis klausa terdiri daripada;
a. klausa bebas (utama)
b. klausa terikat (tak bebas)

.::Ragam Ayat::.
- merangkumi ayat aktif dan ayat pasif.
- ayat aktif ialah yang menggunakan kata kerja aktif.
- ayat aktif boleh dipasifkan, terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.
- sebagai panduan;
Ayat Aktif - aktif transitif
- aktif tak transitif
Ayat Pasif - ayat pasif dengan kata kerja.
- ayat pasif dengan kata nama ganti
- ayat pasif dengan perkataan "Kena"

.::Jenis-jenis Ayat::.
a. Jenis-jenis Ayat
1. Ayat penyata
2. Ayat perintah
- Ayat suruhan
- Ayat larangan
- Ayat silaan
- ayat permintaan
3. Ayat seruan
4. Ayat tanya

.::Bentuk Ayat::.
- terdapat pelbagai ragam dan bentuk ayat-ayat dasar / ayat mudah / ayat inti.
- terdapat beberapa pola ayat seperti ayat pasif, ayat tunggal, ayat majmuk dan sebagainya.

a. Ayat Tunggal
- ayat tunggal mengandungi satu klausa bebas.
- ayat tunggal terdiri daripada satu subjek (inti) dan satu predikat (cerita) sahaja.
- ayat tunggal merupakan ayat dasar.

b. Ayat Majmuk
- ayat majmuk atau ayat kompleks merupakan gabungan dua atau lebih ayat tunggal dalam satu ayat.
- ia boleh dibahagikan kepada beberapa ayat seperti;
- Gabungan
- Pancangan
- Komplemen
- Pancangan Relatif
- Pancangan Keterangan
- Majmuk Campuran



3.3 SEMANTIK
.::Semantik::.

.::Pengenalan::.
- bidang kajian bahasa yang mengkaji maksud dan makna kata.
- beberapa konsep dipelajari seperti sinonim, antonim, hiponim, homonim, dan polisim.

.::Definisi Semantik::.
- semantik ialah makna kata, satu cabang linguistik. mengkaji makna kata dalam bahasa tertentu, dikaitkan dengan masyarakat, dan faktor-faktor yang mempengaruhi.

.::Makna Perkataan::.
- terdapat hubungan semantik antara satu perkataan dengan perkataan bahasa lain atau perkaitan beberapa jenis perkataan.

.::Perkaitan Makna Perkataan::.

Makna Perkataan
- Polisim
- Antonim
- Hiponim - homonim
- Homofon
- Homograf

.::Peribahasa::.
- masyarakatMElayu kaya dengan pelbagai bentuk kata berbunga yang diwarisi dari tutun-temurun.
- peribahasa sudah sebati dalam masyarakat Melyu dan merupakan warisan yang amat tinggi nilainya.
- peribahasa terdiri daripada simpulan bahasa, perumpamaan pepatah dan bidalan. Peribahasa mempunyai falsafah hidup dan nilai moral yang tinggi.

a. perumpamaan / simile
- perumpamaan ialah kata-kata kiasan yang membawa perbandingan makna. Perumpamaan mempunyai erti dua lapis.
b. pepatah
- pepatah juga dikenali sebagai perbilangan. Pepatah ialah ungkapan yang merupakan pusaka adat resam masyarakat Melayu.
c. bidalan
- Bidalan ialah peribahasa yang mempunyai makna selapis sahaja.
d. kiasan
- kiasan ialah bahasa yang diungkapkan dimana ia dibandingkan dengan yang lain.
e. simpulan bahasa
- ungkapan atau rangkai kata yang tersimpul dan digunakan dalam keadaan tertentu.
f. rumusan
- rumusan ialah peribahasa di dalam warisan budaya Melayu.

.::Perbandingan::.
- terdapat dalam perumpamaan.
- Perbandingan terbahagi kepada dua jenis iaitu perbandingan terus terang dan perbandingan tidak terus terang.
- di dalam perbandingan, terdapat 5 jenis perbandingan iaitu;
a. Tamsil
- memberi misalan berkias.
- mengandungi pengajaran dan teladan.
b. Ibarat
- bahasa yang menggunakan kata-kata berkias dalam perkataan sesuatu maksud.
- maksud juga berbeza secara tersurat dan tersirat.
c. Kiasan Ibarat
- gabungan bahasa ibarat dengan bahasa kiasan.
- selalu digunakan didalam penulisan prosa dan puisi.
d. Tamsil Ibarat
- tamsil ibarat merupakan gabungan bahasa tamsil dan bahasa ibarat dalam bentuk kesatuan kata.
- ia mengandungi unsur-unsur pengajaran.
e. Cerita Ibarat dan Cerita Kiasan
- ia berperanan untuk memberi pengajaran dan teladan kepada manusia.

.::Kiasan::.
- kiasan ialah bahasa yang diucapkan tantang sesuatu perkara dibandingkan dengan perkara lain.
- kiasan terbahagi kepada 2 bentuk iaitu;
a. kiasan asal
- bagasa yang memerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan benda lain sebagai perbandingan.
b. kiasan berpindah
- menggunakan kata perbandingan seperti bak, ibarat, umpama, laksana dan bagai.
- kiasan berpindah ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu;
- kiasan bersandar
- kiasan melarat
- kiasan melompat
- kiasan terus
- kiasan berangkap
- kiasan berbunga
- kiasan pemanis

konsep tatabahasa

GOLONGAN KATA

Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama.

Dalam Bahasa Melayu ada empat bentuk golongan kata :
- Kata Nama
- Kata Kerja
- Kata Adjektif / Sifat
- Kata Tugas


Kata Nama

Kata nama menunjukkan nama benda, naam orang, nama tempat dan nama perkara. Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda atau konsep.

Kata nama boleh dikelompokkan kepada tiga jenis :

a) Kata Nama Khas
- kata nama yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar.
- Ia terbahagi kepada tiga :
i) Kata Nama Khas Hidup Manusia – contoh : Lina, Ahmad, Tun Abdul Razak

ii) Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia – contoh : Tompok, Si Belang, Jalak, Jibrail

iii) Kata Nama Khas Tidak Hidup – Balakong, Proton Saga, Parit Buntar, Pasar Seni, Planet Marikh.

b) Kata Nama Am
- kata nama yang merujuk kepada benda-benda atau perkara yang umum sifatnya.
- Ia terbahagi kepada dua :
i) Kata Nama Am Abstrak – jenis kata nama yang bukan berkonsepkan kebendaan, contohnya roh, angin, kedamaian, kemerdekaan, demokrasi.

ii) Kata Nama Am Konkrit – kata nama yang berkonsepkan kebendaan, contohnya sungai, isteri, bapa, kambing.

c) Kata Ganti Nama
- kata ganti nama terbahagi kepada :
i) Kata ganti nama tunjuk
- kata nama yang berfungsi merujuk kepada sesuatu perkara atau benda
- ada dua : itu ( merujuk kepada benda yang jauh) dan ini (merujuk kepada benda yang dekat)

ii) Kata ganti nama diri – kata ganti nama yang menjadi pengganti nama sesuatu benda, perkara atau manusia. Kata ganti nama diri pula boleh dibahagikan kepada:
- Kata ganti nama diri tanya – jenis kata yang berfingsi menanyakan hal benda, perkara atau manusia. Terdapat tiga bentuk :
- Siapa à merujuk kepada orang
- Apa à merujuk kepada benda atau perkara
- Mana à merujuk kepada benda

- Kata ganti nama diri orang – jenis ganti nama yang merujuk kepada manusia yang terdiri daripada tiga kategori :

- orang pertama à saya, aku, beta, patik, kita
- orang kedua à saudara, kamu, awak, engkau, anda
- orang ketiga à ia, dia, beliau, mereka, nya.




Kata Kerja

Kata kerja berperanan untuk menunjukan sesuatu perbuatan atau sesuatu keadaan. Kata kerja dapat dibahagikan seperti berikut:
1) Kata Kerja Transitif :
a) Kata Kerja Transitif Aktif
b) Kata Kerja Transitif Pasif
2) Kata Kerja Tak Transitif :
a) Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
b) Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek untuk melengkapkan maksud. Objek yang mengikuti kata kerja transitif ialah frasa nama. Contoh :
- Suhaina menjahit baju kurung untuk adiknya.
- Emak memotong buah tembikai yang baru dibelinya.
Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif dan menerima awalan ‘men’ dengan atau tanpa akhiran ‘kan’ atau ‘i’. Contoh :
- Mastura mencuci pakaian di dalam bilik air
Kata kerja transitif pasif pula ialah kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif. Kata kerja yang terhasil dari proses transformasi ayat aktif menjadi ayat pasif akan mewujudkan kata kerja transitif pasif. Contoh :
- Pakaian dicuci oleh Mastura.

Terdapat beberapa cara yang dapat membantu untuk mengenali kata kerja transitif :
- Mengemukakan pertanyaan ‘apa’ selepas sesuatu kata kerja, sekiranya sesuatu jawapan boleh diperolehi, maka kata kerja tersebut adalah kata kerja transitif. Contoh : mengecat apa ? à mengecat rumah
- Apabila sesuatu kata kerja diberi imbuhan terlebih dahulu, ini bermakna pada asalnya perkataan ini bukannya kata kerja. Contohnya perkataaan ‘mengecat’ berasal daripada kata nama ‘cat’ selepas menerima imbuhan ‘menge’.
- Setiap ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mengandungi dua kata nama, ini kerana kata kerja transitif mesti dilakukan oleh seseorang ke atas orang atau benda lain. Contoh : Sulaiman menembak burung gagak.
Sulaiman àkata nama pelaku
Burung gagak à kata nama objek
menembak à kata kerja transitif

Apabile membicarakan mengenai kata kerja transitif, maka perlu diketahui tentang konsep objek tepat dan objek sipi. Dalam sesuatu ayat yang mempunyai kata kerja, ia boleh diikuti oleh dua ayat yang kedua-duanya boleh menjadi objek. Contoh :
- Abu membelikan kekasihnya seutas rantai emas.
membelikan à kata kerja transitif
rantai emas à objek tepat
kekasihnya à objek sipi
Dalam ayat itu, objek tepat dapat dikenal pasti dengan hanya bertanya ‘apa’ kepada kata kerja yang hadir dalam ayat itu.


Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau pelengkap selepasnya. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua :
- Kata kerja tak transitif tak berpelengkap
- Kata kerja tak transitif berpelengkap

Kata kerja tak transitif tak berpelengkap adalah bentuk kata kerja yang paling ringkas, iaitu boleh berdiri sendiri dengan tanpa diikuti oleh pelengkap atau objek. Kata kerja jenis ini boleh terdiri daripada kata kerja dasar (tanpa imbuhan) dan dengan imbuhan awalan. Contoh : terbang, tidur, berlari, berenang.

Kata kerja tak transitif dapat dikenali dengan bertanya ‘apa’ selepas kata kerja itu. Sekiranya tidak ada jawapan, maka kata kerja itu adalah kata kerja tak transitif kerana ia tidak ada objek. Contoh :
Burung terbang à terbang apa ? (tiada jawapan)
Adik berlari à berlari apa ? (tiada jawapan)

Kata kerja transitif berpelengkap bermaksud kata kerja ini perlu diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Terdapat beberapa jenis pelengkap :
- Waktu . contoh : Ali duduk sejak tadi.
- Tempat . contoh : Kakak duduk di atas kerusi
- Cara . contoh : Ali duduk bersimpuh
- Sebab. contoh : Dia duduk kerana letih.
Pelengkap ialah unsur ayat yang berfungsi menyempurnakan maksud ayat. Jikalau pelengkap dalam ayat tidak ada, ayat itu menjadi tidak gramatis. Contoh :
- Sarah ingin menjadi peragawati
- Amri bertambah sayang kepada isterinya
Jika tanpa pelengkap :
Sarah ingin menjadi …(menjadi apa?)
Ali bertambah…(bertambah apa?)
Pelengkap hendaklah dibezakan dengan objek. Pelengkap hadir selepas kata kerja tak transitif, manakala objek pula hadir selepas kata kerja transitif dengan tujuan melengkap maksud. Perlu diingat bahawa kata kerja transitif sahaja dapat dipasifkan.

Bagi mengenali sesuatu perkataan itu kata kerja atau tidak, terdapat beberapa cara :
1) Kata kerja dapat digandingkan dengan kata bantu. Contoh :
minum à sudah minum
sebaliknya : baju à sudah baju (tidak memberi makna)
Kaedah ini amat perlu apabila hendakl membezakan beberapa kata kerja yang kelihatan seakan-seakan kata sifat.
2) Sesuatu perkataan itu diberi imbuhan tertentu seperti ‘ber’, ‘me’, ‘kan’,’i’ dan ‘di’




Kata Sifat / Adjektif

Kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Ia boleh dikenal pasti dan dibezakan dari kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Kata sifat menceritakan sifat benda (kata nama) dan sifat perbuatan (kata kerja).

Kata sifat alam Bahasa Melayu dibahagikan kepada sembilan berdasarkan kriteria makna.

1) Kata Sifat Keadaan
- memberi makna keadaan kata nama yang diterangkan. Contoh : orang jahat, budak pintar

2) Kata Sifat Warna
- membawa makna warna untuk menerangkan kata nama. Contoh : langit biru, bibir merah.

3) Kata Sifat Ukuran
- menyatakan ukuran kata nama. Contoh : perahu panjang, pokok renek

4) Kata Sifat Bentuk
- menerangkan mengenai bentuk kata nama. Contoh : jalan bengkok, mata bulat

5) Kata Sifat Jarak
- menerangkan kata nama dari segi ruang. Contoh : jalan pintas, kawan jauh.

6) Kata Sifat Waktu
- memberi penjelasan konsep masa sebagai unsur keterangan. Contoh : makanan segera, rumah baru

7) Kata Sifat Cara
- membawa makna keadaan kelakuan atau ragam untuk menerangkan kata nama. Contoh : air deras, hujan lebat

8) Kata Sifat Perasaan.
- memberi pengertian kepada konsep perasaan yang terkandung dalam sesuatu kata nama. Contoh : suka akan, penuh ragu

9) Kata Sifat Pancaindera
- terdiri daripada yang memberi makna rasa, pandang, dengar, bau dan sentuh. Contoh :
makanan lazat (konsep rasa)
lelaki tampan (konsep pandang)
suara merdu (konsep dengar)
minyak wangi (konsep bau)
kulit licin (konsep sentuh)

Terdapat beberapa cara yang boleh membantu untuk mengenal pasti kata sifat :
1) Kata sifat boleh berganding dengan kata penguat seperti amat dan paling, sama ada diletakkan di hadapan kata sifat atau diakhirnya.
2) Kata sifat diberi imbuhan ‘ter’ dan ‘se’.




Kata Tugas

Kata tugas mempunyai tugas yang mustahak di dalam ayat. Kata tugas tidak mempunyai makna tetapi ia digunakan dalam ayat dan frasa untuk menjalankan sesuatu tugas tatabahasa. Fungsi kata tugas ialah menjadi penghubung, penentu, penguat, pedepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, penanya dan penyeru.
Ada 16 jenis kata tugas yang boleh dikelompokkan berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, iaitu :
- kata hubung
- kata penegas
- kata tanya
- kata nafi
- kata seru
- kata pemeri
- kata perintah
- kata sendi nama
- kata pembenar
- kata arah
- kata pangkal ayat
- kata bilangan
- kata bantu
- kata penekan
- kata penguat
- kata pembenda

Untuk memudahkan penghuraian, jenis kata ini boleh dibahagikan kepada empat kelompok :

1) Kata Penyambung Ayat
- terdiri daripada satu jenis kata tugas sahaja, iaitu kata hubung.
- Ia adalah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih menjadi satu ayat yang berlapis yang dikenali sebagai ayat majmuk.
- Contoh : dan, atau, tetapi, serta, sebaliknya, serana, supaya, walaupun.

2) Kata Praklausa
- sejumlah perkataan yang terletak perkataan yang terletak dihadapan klausa iaitu yang terdiri daripada :
- kata seru : berfungsi melahirkan pelbagai bentuk ayat yang menunjukkan perasaan. Contoh : aduh, cis, aduhai, amboi.
- kata tanya : untuk menanyakan sesuatu atau menyoal sesuatu. Contoh : mengapa , berapa, bila, bagaimana.
- kata perintah : perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas. Ia diucapkan dengan nada perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan. Contoh : jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong.
- kata pembenar : perkataan yang mengesahkan sesuatu pertanyaan. Contoh : ya, benar, betul,
- kata pangkal ayat : perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh : hatta, maka, syahdan, adapun, alkisah.

3) Kata Prafrasa
- sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja atau frasa adjektif.
- Ia mendukung tugas-tugas maksud yang terkandung dalam ayat seperti membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, menyendikan, menunjukkanarah dan membilang.
- terdapat 8 jenis kata prafrasa :
- kata bantu : jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dengan menimbulkanmakna-makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Kata bantu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan :
- kata bantu aspek yang bertugas menerangkan sama ada perubatan itu sudah dilakukan, sedang dilakukan atau akan dilakukan. Contoh : telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan, belum.
- Kata bantu ragam bertugas menerangkan kemahuan atau perasaan yang dirasai oleh orang yang melakukan perbuatan tersebut. Contoh : hendak, mahu, hrus, mesti, boleh, dapat.
- kata penguat : berfungsi menguat maksud kata adjektif. Contoh : terlalu, paling, sekali, benar, sungguh, amat.
- kata penegas : juga dikenali sebagai kata partikel. Ia adalah sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Ada dua jenis kata penegas
- menegaskan hanya frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contoh : -kah, -tah, -lah.
- menegaskan kedua-dua bahagian ayat iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contoh : juga, jua, sahaja, pun, lagi, memang.
- kata nafi : perkataan yang menjadi unsur nafi frasa frasa predikat iaitu frasa nama, frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ada dua bentuk kata nafi : bukan dan tidak.
- kata pemeri : ia adalah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Contoh : adalah, merupakan, ialah.
- kata sendi nama : kata yang terletak di hadapan frasa sendi nama. Kata sendi nama sentiasa hadir di hadapan perkataan yang diterangkan olehnya. Contoh : di, ke, dari, demi, tentang, seperti, terhadap.
- kata arah : sejumlah perkataaan yang hadir sebelum frasa nama, lazimnya hadir sesudah perkataan sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contoh : atas, bawah, tepi, antara.
- kata bilangan : sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama. Contoh : dua puluh, segala, semua, para,banyak, masing-masing.

4) Kata Pasca
- ia adalah satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah ‘-nya’ , yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda.
- Kata penekan ialah satu bentuk yang memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh :
Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.
- Kata pembenda pula ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan dari kata nama sebagai kata nama. Contoh :
Lajunya 100 km sejam.

Friday, June 26, 2009

my vision

*Use these questions to guide your thoughts.
What are the ten things you most enjoy doing? Be honest. These are the ten things without which your weeks, months, and years would feel incomplete.
What three things must you do every single day to feel fulfilled in your work?
What are your five-six
most important values?
Your life has a number of important facets or dimensions, all of which deserve some attention in your personal vision statement. Write one important goal for each of them: physical, spiritual, work or career, family, social relationships, financial security, mental improvement and attention, and fun.
If you never had to work another day in your life, how would you spend your time instead of


*When your life is ending, what will you regret not doing, seeing, or achieving?
What strengths have other people commented on about you and your accomplishments? What strengths do you see in yourself?
What weaknesses have other people commented on about you and what do you believe are your weaknesses?Craft Your Personal Vision Statement
Once you have thoughtfully prepared answers to these questions and others that you identify, you are ready to craft a personal vision statement. Write in first person and make statements about the future you hope to achieve. Write the statements as if you are already making them happen in your life. Some experts recommend 50 words or less, but I would rather see you fully articulate the vision you want for your life and your future, than be limited by word count.
Motivational speaker and writer, Brian Tracy, states that you generally accomplishment your written goals, dreams, plans, and vision. Writing them down lends power and commitment to their accomplishment.
Keep in mind that your personal vision statement can also change over time, depending upon what is happening in your life. You will be amazed, however, at how many components remain consistent over time. I first articulated this vision for my life in 1984; this personal vision statement guides my life... :)

Saturday, June 20, 2009

ASAL USUL BAHASA MELAYU

Tanah Asal
*dipercayai berasal dari Yunani di selatan negeri China
*penutur asal ialah kumpulan Melayu Proto yg datang ke kepulauan melayu pada 2500 s.m
*1000 tahun kemudian datang kumpulan baru iaitu Melayu Deutro,mereka menetap di kawasan pantai
*Kmudian,kumpulan Melayu Proto berpindah ke kawasan pedalaman,manakala kumpulan Melayu Deutro menjadi lebih dominan.

Istilah 'Melayu'
*terdapat empat istilah Melayu,iaitu Mo-lo-yeu,Mar-ra-yu,Mat-la-yu(pengembara China) dan maleu-kolon(Ptolemy)
*pertama kali ditemui dalam linkungan 644-645 masihi(catatan pengembara)
*perkataan Malaya atau Malayu mula ditemui buat pertama kalinya di Padang Rochore,di daerah Batanghari,Jambi,pada sebuah patung yg bertarikh 1286.

Salasilah
*Filum bagi bahasa Melayu ialah bahsa Austris yg berusia 5000 tahun dan ke atas
*Rumpun bagi bahasa Melayu ialah bahasa Austronesia yg berusia 2500-5000 tahun
*Keluarga bagi bahasa Melayu ialah bahasa Nusantara yg berusia bawah 2500 tahun
*sub-keluarga ialah bahasa-bahasa yg berasal daripada satu keluarga.

Salasilah Bahasa

Filum:-Austris

Rumpun:-Austronesia

Keluarga:-

*Nusantara-Bahasa-bahasa Austronesia di sebelah barat,meliputi kepulauan Madagaskar ke Mikronesia dan Farmosa,jumlah bahasanya ialah 150-200 bahasa

*Mikronesia-Meliputi kepulauan Mariana,Marshall,Karolina dan Gilbert

*Polinesia-dari kepulauan Easter ke kepulauan Hawaii termasuk bahasa Tahiti,Tonga,Samoa dan Maori

*Melanesia-dari kepulauan Fiji di timur ke kepulauan Pala'u di barat termasuk Pulau Solomon dan New Guinea.

Thursday, June 18, 2009

Bahasa Melayu F6


*Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. [9] Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal??dari "Sungai Melayu" di Jambi.

*Etimologi
Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh
UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.
Istilah "Melayu" untuk merujuk kepada nama
bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka.[10] Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa istilah "Melayu" yang merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara meluas. Sebelum itu, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada keturunan raja Melayu dari Sumatera sahaja.[10]
Penggunaan istilah "Melayu" muncul buat pertama pada kira-kira
100-150 Masihi dalam karya Ptolemy, Geographike Sintaxis, yang menggunakan istilah "maleu-kolon". G. E. Gerini menganggap istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom atau malaikurram, yang merujuk kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung.
Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab
Purana, sebuah kitab Hindu purba, yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud "tanah yang dikelilingi air" dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu, para pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa ialah Pulau Sumatera.
Istilah "Mo-lo-yu" juga dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara
Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan "Mo-lo-yo" yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.

*Masalah dalam penakrifan orang Melayu
Penakrifan orang Melayu merupakan satu pekerjaan yang sukar. Sekiranya menurut penakrifan orang Melayu sebagai orang yang bertutur dalam
Bahasa Melayu, penakrifan ini merangkumi kebanyakan orang di Malaysia, Indonesia, dan sebahagian daripada negeri Thai dan Filipina. Tetapi, apa yang menjadi masalahnya, di Indonesia orang Melayu hanya merupakan salah satu daripada beratus-ratus kaum/suku di negara itu. Lebih-lebih lagi, warga Indonesia lebih suka mengenali diri mereka sebagai orang Indonesia dan mengenali bahasa mereka sebagai bahasa Indonesia. Walaupun demikian, secara amnya terdapat dua jenis penakrifan untuk menentukan sama ada seseorang itu orang Melayu. Iaitu:
-Penakrifan undang-undang
-Penakrifan antropologi

*penakrifan undang-undang
Di negara
Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai [11]:
Seorang yang beragama
Islam
Bertutur
bahasa Melayu
Mengamalkan
adat istiadat Melayu
Lahir sebelum hari merdeka sama ada di
Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.
Takrifan
undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Contohnya di selatan Thailand terdapat juga kelompok manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu.

*Penakrifan antropologi
Menurut
Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi di negara Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. [12] Dari segi etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan sistem kemasyarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk dalam bangsa Mongoloid [13]

*Asal usul bangsa Melayu
Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:
Bangsa Melayu Berasal daripada
Yunnan(Teori Yunnan)
Bangsa Melayu Berasal daripada
Nusantara(Teori Nusantara)
Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang
Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.
Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:
Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah
Assam (Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).
Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa
Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.
Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks
Pengajian Malaysia, [14] adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu berasal daripada Yunan.
Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan
Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya.

*Orang Negrito
Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang
Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut keriting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.

*Melayu Proto
Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam. Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang dikenali sebagai Pinang. Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang.

*Melayu Deutro
Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.

*Teori Nusantara
Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:
Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan"
Manusia kuno
Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
Bahasa di Nusantara (
Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).
Teori ini merupakan teori yang kurang popular khususnya di negara Malaysia.

*Kekeluargaan orang Melayu
Rencana utama:
Adat berserumah tangga Melayu
Sistem kekeluargaan Melayu mempunyai ciri-ciri yang agak fleksibel. Ciri-ciri ini terlihat dalam perkahwinan Melayu yang boleh berbentuk
matrilokal atau patrilokal, monogami atau poligami. Lebih-lebih lagi, perkembangan keluarga mempunyai beberapa variasi. Dalam sistem ini, keluarga boleh bercerai dan bergabung sekiranya berlaku perceraian ibu bapa dan perkahwinan semula. Malah bukan semua keluarga akan mengalami perkembangan kepada keluarga luas yakni sebuah keluarga (yang mendiami sebuah rumah) mempunyai golongan 3 generasi. Kelahiran cucu mungkin membawa kepada perkembangan ini tetapi juga mungkin membawa kepada perpecahan keluarga dengan perginya ibu bapa yang baru demi mencari ruangan yang baru di luar rumah untuk keluarganya yang mengalami penambahan ahli. Di samping itu, faktor yang menyebabkan seorang anak mewarisi rumah ibu-bapa mereka juga tidak menentu dan ia mungkin disebabkan oleh desakan ekonomi dan alasan-alasan yang lain.

*Perkahwinan orang Melayu
Rencana utama:
Adat resam kahwin Melayu
Orang Melayu amat beradat.
Perkahwinan mereka secara umumnya terbahagi kepada lima peringkat istiadat: merisik, melamar, bertunang, bernikah dan bersanding.

*Melayu kacukan
Oleh kerana Nusantara Melayu adalah tempat perdagangan dan pernah dijajah oleh kuasa Eropah, banyak orang Melayu berkahwin campur dengan bangsa asing dan anak mereka dikenali sebagai Melayu Kacukan. Sesetengah mereka ada mempunyai kemiripan orang Melayu dan yang lain tidak ternyata dan susah hendak dikatakan. Di antara masyarakat Melayu Kacukan yang terkenal adalah
Melayu Eropah, Melayu India dan Melayu Arab.