Friday, July 3, 2009

perbezaan antara kerajaan

Pengenalan kepada Sistem Kerajaan / Konsep-konsep Kerajaan
Sistem kerajaan merangkumi institusi-institusi dan agensi-agensi yang bertanggungjawab menggubal atau melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai contohnya, institusi atau agensi itu adalah seperti Parlimen, kabinet, Majlis Raja-Raja, mahkamah, jabatan dan kementerian. Sistem kerajaan hari ini boleh dibahagikan berasaskan :
a. pembahagian kuasa kerajaan antara pusat dengan negeri
b. kewujudan atau tidak kewujudan raja
Berasaskan pembahagian ini, terdapat sistem kerajaan persekutuan, kesatuan, konfederasi, republik dan beraja.

Kerajaan Kesatuan

· dilaksanakan melalui pemusatan kuasa, iaitu kerajaan pusat mempunyai segala kuasa kerajaan
· Contoh : Malayan Union adalah terdiri dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
· Kesemuanya disatukan dalam pentadbiran pusat di Kuala Lumpur di bawah Gabenor British
· Kerajaan pusat berhak mengubah kuasa-kuasa atau sempadan mereka
· Kerajaan pusat juga boleh membatalkan perundangan yang diluluskan oleh peringkat-peringkat kerajaan lain
· Contoh : Britain, New Zealand, Perancis, Sweeden, Norway dan Denmark

Kerajaan Konfederasi

· merujuk kepada persepakatan di antara beberapa buah negeri melalui perjanjian bersama
· kuasa kerajaan terletak di tangan kerajaan-kerajaan negeri
· Contoh : Jerman (tetapi tidak lagi sekarang ini)

Kerajaan Persekutuan

· beberapa buah negeri disekutukan untuk kepentingan bersama
· setiap negeri mempunyai sistem pentadbirannya sendiri dan kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran negeri



Kerajaan Republik

· ketua negara lazimnya seorang Presiden
· Contoh : Filipina, India, Perancis, dan Portugal


Kerajaan Beraja

· ketua negara adalah raja / ratu
· hampir kesemua negara yang mempunyai sistem beraja hari ini, kuasa raja dihadkan oleh perlembagaan
· Contoh : Malaysia, Britain – sistem raja berpelembagaan iaitu raja menjalankan kuasa pemerintahannya mengikut perlembagaan undang-undang

Kerajaan Demokratik

· demokrasi berasal dari perkataan Yunani iaitu demos (rakyat) dan kratos (kuasa)
· oleh itu, rakyat mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan kerajaan yang memerintah sesebuah negara melalui pilihanraya umum
· antara ciri-cirinya :
a. semua warganegara mempunyai kelayakan umur tertentu boleh mengundi
b. setiap warganegara dibenarkan bertanding dalam pilihanraya
c. pengundian pilihanraya dibuat berdasarkan bilangan undi terbanyak
d. badan perundangan (Parlimen) terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih
e. mengutamakan kebebasan, persamaan dan hak-hak rakyat


Perbezaan antara Kerajaan Persekutuan, Kesatuan, dan Konfederasi

Persekutuan
Kesatuan
Konfederasi
· Kuasa kerajaan dibahagikan antara kerajaan pusat, dengan kerajaaan negeri / tempatan

· Kerajaan pusat mempunyai segala kuasa pemerintahan

· Kerajaan pusat mempunyai kuasa yang amat terhad

· Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangan dalam bidang-bidang tertentu

· Kerajaan pusat boleh membatalkan perundangan yang diluluskan oleh peringkat-peringkat kerajaan yang lain

1 comment:

  1. tma kasih sharing ilmu.. time sy tgh struggle, stdy maut tuk exam sok.. alhamdulillah & tahniah sbub dh tlong sy

    ReplyDelete