Saturday, July 4, 2009

sistem alam sekitar fizikal

Konsep SASF

Definisi

_suatu angkubah yang sentiasa bertindak balas antara satu sama lain.Membenarkan input output bahan dan tenaga melalui sistem tersebut
_Tenaga matahari merupakan sistem terpenting dalam pengoperasian seluruh sistem di bumi
_mempunyai sempadan dan kebolehan pemulihan kendiri(self regulation)
_contohnya input hutan ialah tenaga suria,air dan oksigen daripada atmosfera,sebahagian input disimpan dalam hutan dalam bentuk tenaga kimia
_manakala output hutan ialah wap air yang dibebaskan melalui proses transpirasi dan oksigen yang dibebaskan melalui proses fotosintesis

Ciri-ciri SASF

_mempunyai satu set angkubah yang sentiasa bertindak balas antara satu sama lain,mempunyai input dan output bahan yang melalui sistemnya,mepunyai sempadan dan kebolehan pemulihan kendiri
_mempunyai input bahan seperti air,gas dan mineral yang boleh keluar dan masuk melalui sempadan,Ini bermakna wujudnya input,penggunaan,storan dan output
_mempunyai input tenaga yang boleh mengalir keluar masuk melaluinya
_kesemua angkubah sentiasa beroperasi untuk memperoleh keseimbangan,jika tahap kestabilan terapai maka input output tenaga dan bahan adalah sama dengan outputnya
_mempunyai sempaan yang jelas dan boleh dibezakan dengan sistem lain,sempadan sesebuah sistem dapat dikelaskan melalui sistem makro dan mikro
_siste angkubah sering bertindak balas terutamanya apabila berlaku perubahan atau gangguan terhadap sesuatu angkubah lain,tindak balas dalam sistem boleh bersifat positif atau negatif

Jenis-jenis SASF

_Sistem Tersembunyi
*mempunyai sempadan yang tertutup
*tidakm membenarkan proses input dan output bahan melaluinya
*tidak terdapat dalam dunia nyata hanya terdapat di dalam makmal seperti dalam test tube

_Sistem Tertutup
*mempunyai sempadan tertentu
*hanya membenarkan input dan output tenaga
*input dan output bahan tidak berlaku
*contohnya bumi dan matahari,bumi hanya menerima tenaga dari matahari tetapi tidak bahan

_Sistem Terbuka
*membenarkan input dan output bahan atau tenaga melaluinya
*sistem ini sentiasa beroperasi untuk memperoleh keseimbangan
*apabila berada di tahap ini input bahan dan tenaga adalah sama
*banyak diperolek di alam nyata dan dapat dilihat dalam skala mikro atau makro
*misalnya sistem ekologi bumi yang berada di tahap makro boleh dibahagikan ke tahap mikro seperti ekosistem hutan,ekosistem muara,ekosistem tasik,sungai atau laut

Friday, July 3, 2009

perbezaan antara kerajaan

Pengenalan kepada Sistem Kerajaan / Konsep-konsep Kerajaan
Sistem kerajaan merangkumi institusi-institusi dan agensi-agensi yang bertanggungjawab menggubal atau melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai contohnya, institusi atau agensi itu adalah seperti Parlimen, kabinet, Majlis Raja-Raja, mahkamah, jabatan dan kementerian. Sistem kerajaan hari ini boleh dibahagikan berasaskan :
a. pembahagian kuasa kerajaan antara pusat dengan negeri
b. kewujudan atau tidak kewujudan raja
Berasaskan pembahagian ini, terdapat sistem kerajaan persekutuan, kesatuan, konfederasi, republik dan beraja.

Kerajaan Kesatuan

· dilaksanakan melalui pemusatan kuasa, iaitu kerajaan pusat mempunyai segala kuasa kerajaan
· Contoh : Malayan Union adalah terdiri dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
· Kesemuanya disatukan dalam pentadbiran pusat di Kuala Lumpur di bawah Gabenor British
· Kerajaan pusat berhak mengubah kuasa-kuasa atau sempadan mereka
· Kerajaan pusat juga boleh membatalkan perundangan yang diluluskan oleh peringkat-peringkat kerajaan lain
· Contoh : Britain, New Zealand, Perancis, Sweeden, Norway dan Denmark

Kerajaan Konfederasi

· merujuk kepada persepakatan di antara beberapa buah negeri melalui perjanjian bersama
· kuasa kerajaan terletak di tangan kerajaan-kerajaan negeri
· Contoh : Jerman (tetapi tidak lagi sekarang ini)

Kerajaan Persekutuan

· beberapa buah negeri disekutukan untuk kepentingan bersama
· setiap negeri mempunyai sistem pentadbirannya sendiri dan kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran negeri

Kerajaan Republik

· ketua negara lazimnya seorang Presiden
· Contoh : Filipina, India, Perancis, dan Portugal

Kerajaan Beraja

· ketua negara adalah raja / ratu
· hampir kesemua negara yang mempunyai sistem beraja hari ini, kuasa raja dihadkan oleh perlembagaan
· Contoh : Malaysia, Britain – sistem raja berpelembagaan iaitu raja menjalankan kuasa pemerintahannya mengikut perlembagaan undang-undang

Kerajaan Demokratik

· demokrasi berasal dari perkataan Yunani iaitu demos (rakyat) dan kratos (kuasa)
· oleh itu, rakyat mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan kerajaan yang memerintah sesebuah negara melalui pilihanraya umum
· antara ciri-cirinya :
a. semua warganegara mempunyai kelayakan umur tertentu boleh mengundi
b. setiap warganegara dibenarkan bertanding dalam pilihanraya
c. pengundian pilihanraya dibuat berdasarkan bilangan undi terbanyak
d. badan perundangan (Parlimen) terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih
e. mengutamakan kebebasan, persamaan dan hak-hak rakyat

Perbezaan antara Kerajaan Persekutuan, Kesatuan, dan Konfederasi

Persekutuan
Kesatuan
Konfederasi
· Kuasa kerajaan dibahagikan antara kerajaan pusat, dengan kerajaaan negeri / tempatan

· Kerajaan pusat mempunyai segala kuasa pemerintahan

· Kerajaan pusat mempunyai kuasa yang amat terhad

· Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangan dalam bidang-bidang tertentu

· Kerajaan pusat boleh membatalkan perundangan yang diluluskan oleh peringkat-peringkat kerajaan yang lain

Thursday, July 2, 2009

Imbuhan Apitan me- …..- i

*ERTI
+KETERANGAN

-PERKATAAN
*mengalami sifat terhadap
+meragui
+mencintai
-mengalami sifat ragu terhap
-mengalami sifat cintai
*melakukan berkali-kali
+memukuli
+menerajangi
-memukul berkali-kali
-menerajang berkali-kali
*memiliki dan memberikan sifat
+mengecapi
+mengotori
-memiliki dan memberikan sifat kecap kepada
-memiliki dan memberikan sifat kotor kepada
*melakukan perbuatan di ……
+melalui
+membatasi
-melakukan perbuatan lalu di …
-melakukan perbuatan batas di ……
*memperlakukan dengan sifat
+membersihi
+mengasari
-memperlakukan dengan sifat bersih
-memperlakukan dengan sifat kasar
*menjadi
+mengepali
+membanjiri
-menjadi kepala
-menjadi banjir
*memberikan kepada
+menasihati
+menghadiahi
-memberikan nasihat kepada
-memberikan hadiah kepada

Wednesday, July 1, 2009

Negara dan Kerajaan

Negara dan kerajaan

*Negara adalah suatu wilayah di permukaan bumi yang kekuasaannya sama ada politik, ketenteraan, ekonomi, sosial ataupun budayanya diatur oleh kerajaan yang berada di wilayah/negara tersebut. Kerajaan tersebut adalah bebas dan tidak terletak di bawah pemerintahan kerajaan lain.Kini terdapat 193 buah negara yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

*Kerajaan adalah organisasi yang mempunyai kuasa untuk membuat dan melaksanakan undang-undang dalam sesuatu kawasan tertentuSistem politik yang diamalkan di setiap negara dan kerajaan adalah berbeza berdasarkan ideologi politik yang digunakan di antaranya seperti berikut.

1. Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

2. Komunisme merujuk kepada fahaman politik di mana rakyat mempunyai kuasa mutlak untuk mentadbir negara dan segala produk keluaran negara menjadi milik bersama rakyat. Antara pengasasnya yang paling penting termasuklah Karl Marx dan Friedrich Engels. Era kegemilangan komunisme ialah antara akhir Perang Dunia II dan tahun 90-an apabila komunisme berkuasa di Kesatuan Soviet.Sebagai teori sistem sosial, komunisme menjurus kepada sistem sosial egalitarian iaitu tanpa kerajaan, harta dan kelas. Menurut ideologi ini, semua harta dimiliki oleh rakyat, dan setiap rakyat mempunyai status sosial dan ekonomi yang sama.Menurut komunisme, agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat.Ideologi komunisme mula diterapkan ketika meletusnya Revolusi Bolshevik di Rusia pada 7 November 1917. Sejak itu komunisme disebarkan sebagai sebuah ideologi ke negara lain.Secara rasminya ada 9 buah negara yang pernah ditubuhkan berpegang dengan fahaman komunis: Lenin and StalinKesatuan Soviet (Kesatuan Republik Sosialis Soviet) China (Republik Rakyat China) Cuba (Republik Cuba) Laos (Republik Demokratik Rakyat Lao) Vietnam (Republik Sosialis Vietnam) Korea Utara (Republik Demokratik Rakyat Korea) Yaman Selatan (Republik Demokratik Rakyat Yaman ) Myanmar/Burma (Republik Sosialis Kesatuan Burma) Kemboja/Kampuchea (Demokratik Kampuchea) Walau bagaimanapun hanya 5 buah negara yang kekal memerintah di bawah komunis iaitu:China,Laos,Vietnam,Cuba dan Korea Utara

3. Sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata. Beberapa orang berpendapat Robert Owen yang berasal dari Wales, merupakan seorang sosialis yang pertama. Beliau dianggap sebagai pengasas gerakan koperasi di Britain. Beliau berkata pekerjalah yang sepatutnya menjadi tuan untuk syarikat yang mereka bekerja. Pekerja kemudiannya berkongsi keuntungan sesama mereka.Kebanyakan parti sosialis ditubuhkan semasa kurun ke-19 dan awal kurun ke-20.Antara sosialis terkenal adalah Karl Marx yang menulis buku The Communist Manifesto. Sosialis terkenal lain adalah Vladimir Lenin, James Connolly, Rosa Luxemburg, Fidel Castro, Muammar al-Gaddafi, Albert Einstein, Robert Mugabe, Ho Chi Minh dan John Lennon.Sosialisme dan komunismeSekali imbas, perkataan "sosialisme" dan "komunisme" seolah-olah satu perkara yang sama. Tetapi pada hari ini dua perkataan ini bermaksud perkara yang berbeza. Kebanyakan orang yang bukan komunis merujuk komunisme sebagai Marxisme dan Leninisme iaitu idea-idea yang berasal dari Parti Bolshevik di Rusia.Selepas Perang Dunia Pertama dan Revolusi Rusia, sosialisme terbahagi kepada dua. Sesetengah golongan sosialis mengikut Lenin dan dipanggil komunis. Sesetengah yang lain pula percaya kepada sistem parlimen dan mereka ini dipanggil sosial demokrat. Sosial demokrat sangat tidak bersetuju dengan komunis tetapi antara ciri mereka ini adalah menyokong konsep negara kebajikan.