Saturday, June 20, 2009

ASAL USUL BAHASA MELAYU

Tanah Asal
*dipercayai berasal dari Yunani di selatan negeri China
*penutur asal ialah kumpulan Melayu Proto yg datang ke kepulauan melayu pada 2500 s.m
*1000 tahun kemudian datang kumpulan baru iaitu Melayu Deutro,mereka menetap di kawasan pantai
*Kmudian,kumpulan Melayu Proto berpindah ke kawasan pedalaman,manakala kumpulan Melayu Deutro menjadi lebih dominan.

Istilah 'Melayu'
*terdapat empat istilah Melayu,iaitu Mo-lo-yeu,Mar-ra-yu,Mat-la-yu(pengembara China) dan maleu-kolon(Ptolemy)
*pertama kali ditemui dalam linkungan 644-645 masihi(catatan pengembara)
*perkataan Malaya atau Malayu mula ditemui buat pertama kalinya di Padang Rochore,di daerah Batanghari,Jambi,pada sebuah patung yg bertarikh 1286.

Salasilah
*Filum bagi bahasa Melayu ialah bahsa Austris yg berusia 5000 tahun dan ke atas
*Rumpun bagi bahasa Melayu ialah bahasa Austronesia yg berusia 2500-5000 tahun
*Keluarga bagi bahasa Melayu ialah bahasa Nusantara yg berusia bawah 2500 tahun
*sub-keluarga ialah bahasa-bahasa yg berasal daripada satu keluarga.

Salasilah Bahasa

Filum:-Austris

Rumpun:-Austronesia

Keluarga:-

*Nusantara-Bahasa-bahasa Austronesia di sebelah barat,meliputi kepulauan Madagaskar ke Mikronesia dan Farmosa,jumlah bahasanya ialah 150-200 bahasa

*Mikronesia-Meliputi kepulauan Mariana,Marshall,Karolina dan Gilbert

*Polinesia-dari kepulauan Easter ke kepulauan Hawaii termasuk bahasa Tahiti,Tonga,Samoa dan Maori

*Melanesia-dari kepulauan Fiji di timur ke kepulauan Pala'u di barat termasuk Pulau Solomon dan New Guinea.

No comments:

Post a Comment